Jumaat, Julai 17, 2009

TATACARA PENGGUNAAN ALTERNATIF PENCAHAYAAN

intro TATACARA PENGGUNAAN ALTERNATIF PENCAHAYAAN
"Pengendalian lilin / pelita yang tidak betul boleh mengakibatkan bencana"
Pengendalian lilin / pelita yang tidak betul boleh mengakibatkan bencana. Statistik kebakaran menunjukkan bahawa kebakaran rumah akibat penyalahgunaan lilin / pelita kian meningkat.

  • Pastikan lilin atau sebarang punca api yang digunakan di dalam pengawasan anda.
  • Padamkan semua lilin sebelum mennggalkan bilik atau sebelum tidur.
  • Penggunaan lilin di dalam bilik tidur adalah tidak digalakkan. Jika tidak dapat dielakkan, pastikan lilin diletakkan di tempat yang bebas dari langsir, kain, perabot, majalah dan suratkhabar.
  • Pastikan lilin tidak diletakkan berhampiran dengan cecair mudah bakar.
  • Elakkan memasang lilin berhampiran tingkap atau pintu, di mana ia terdedah kepada tiupan angin yang boleh mengakibatkan ia mudah terbakar bila bertindak balas dengan api.
1

GUNAKAN PEMEGANG LILIN YANG :
  • Stabil.
  • Tidak mudah menjadi condong atau miring.
  • Bukan daripada bahan mudah bakar.
  • Mempunyai ruang yang mencukupi bagi mengumpul titisan lilin atau jika lilin terjatuh.

Letakkan lilin di atas tempat yang stabil, dan di atas permukaan meja yang tidak bersepah, jauh daripada bucu meja.

Elakkan dari terjatuh akibat dilanggar oleh kanak-kanak, binatang peliharaan atau tikus dan jika terjatuh pastikan ia tidak berhampiran atau terkena bahan mudah bakar. Hidupkan lilin dengan cermat.

Pastikan rambut dan pakaian anda bebas dari punca api.

Pastikan sumbu lilin digunting pada satu perempat inci sebelum digunakan.

Padamkan lilin jika ia terbakar dalam dua inci dari pemegang lilin.

Padamkan lilin dengan cermat menggunakan pemadam lilin atau tiupkan lilin dengan perlahan-lahan .

Padamkan dan sejukkan batang mancis yang digunakan bagi menghidupkan lilin sebelum membuangnya.

2

PENGGUNAAN LILIN DAN KANAK-KANAK

Berdasarkan statstik kebakaran, ia menunjukkan bahawa hampir sepuluh peratus kebakaran berlaku di rumah adalah berpunca dari kanak-kanak akubat penendalian lilin yang tidak betul.

  • Jauhkan lilin yang sedang menyala daripada kanak-kanak bermain dengan lilin mahupun titisan lilin dan pastikan ia tidak terkena denan sebarang bahan mudah bakar.
  • Pastikan anda mengawasi lilin atau sebarang punca api yang terdedah walaupun seketika, terutamanya apabila terdapat kanak-kanak.
  • Kanak-kanak perlu diberi penerangan tentang bahaya api lilin.
  • Letakkan lilin, mancis dan pemetik api di tempat yang tinggi supaya tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak, terutamanya di dalam kabinet berkunci.
3

Semasa bekalan elektrik terputus di kebanyakan rumah, lilin biasanya dijadikan alternatif sumber cahaya. Elakkan dari menggunakan lilin ketika kecemasan.

  • Sentiasa sediakan lampu suluh dan bateri sebagai pengganti lilin.
  • Pastikan anda tidak mengangkat lilin yang sedang menyala.
  • Sebaiknya anda tidak menggunakan lilin yang dipasang bagi melihat atau menerangi semasa menambah cecair mudah bakar.
  • Padamkan semua lilin sebelum meninggalkan bilik atau sebelum tidur.

4

LATIHAN DI GUNUNG LEDANG

BERMULA 06 JULAI 2009 HINGGA 10 JULAI 2009
LATIHAN PEGAWAI JABATAN DIJALANKAN DI LEDANG.
COMPAS MATCHING BERMULA DARI ASAHAN MENDAKI PUNCAK MELALUI LALUAN
HUTAN BUKAN IKUT TRACK.
MEREHATKAN DIRI SETELAH PENAT MENDAKI.

ABANG KHUSAIRI 9W2SGT BANYAK MEMBANTU DALAM
BANTUAN REPEATER KECEMASAN. TERIMA KASIH.
RAKAN JASRA DAN KPFM.

KAMAL. RAKAN KPFM SEGAMAT.

PAK MUS RAKAN KPFM SEGAMAT, TERIMA KASIH
ATAS BANTUAN.

MAKANAN XADA, HISAP ROKOK AJE LA.

DALAM USAHA MENAIKKAN REPEATER. BAGI MENGHUBUNGKAN
RAKAN RAKAN YANG TERPUTUS HUBUNGAN.

AKHIRNYA BERJAYA DINAIKKAN DAN BERJAYA
MENGHUBUNGI RAKAN YANG TERPUTUS HUBUNGAN.

MEREHATKAN DIRI KEJAP, LETIH DAN LAPAR, HEHEHHE


KENANGAN ATAS PUNCAK LEDANG KALI YANG KE 6
DALAM SETAHUN. TIDAK LUPA SEKALI LAGI UCAPAN
RIBUAN TERIMA KASIH ATAS BANTUAN RAKAN DARI JASRA DAN KPFM SEGAMAT.
DARI JAM 1200 HINGGA 2030 MEMBANTU KAMI.

Khamis, Julai 02, 2009

TERIMA KASIH RAKAN LOKALAN KEMUNTING

Pada 29 jun hingga 02 julai aku berada di kemunting untuk satu latihan Payung Terjun.
Sepanjang berada disana aku disambut oleh rakan rakan lokalan sana. Pada tengahari 30 jun Ongah dan Pak Harun membawa aku keluar makan teganh hari. dan sebelah malam lak aku dibawa berjumpa dengan rakan rakan.
JBT, JTJ, JEN, OPT, BPQ, AOC, ONK, OCC, VZO DAN ramai lagi. Maaf kepada rakan yang tidak ditulis.
Pada sebelah petang ABV, RMX dan OPT sempat berjumpa berhampiran pasar borong kemunting. Rupanya pak aziz, OPT suka ambil gambar. Banyak juga gambar aku dan rakan terjun payung yang dia ambil. Lupa lak nak minta.
Sebelah malam dapat berjumpa dengan FTT(hanafi), ORO (amran) minum dan bual bual.
APA YANG PENTING DISINI ADALAH SAMBUTAN KALIN AMAT TERHARU SEKALI. TERIMA KASIH RAKAN2.
Pada 02 julai aku tamat melakukan terjunan dan sempat bersalaman dengan pak aziz.
Dan sebelum pulang dapat juga berjumpa dengan DMG dan BDV minum sebelum aku bertolak pulang ke KKB. TERIMA KASIH SEKALI LAGI RAKAN RAKAN.

HULU SELANGOR AMATEUR RADIO FAN CLUB