Khamis, Februari 01, 2024

SEJARAH PASUKAN EMRS

PASUKAN EMERGENCY MEDICAL RESCUE SERVICES
LATAR BELAKANG
Penubuhan pasukan/ unit EMRS ini sebenarnya telah melalui beberapa Fasa dan generasi. Seperti apa yang diceritkan kepada saya ia bermula sekitar tahun 90an perancangan untuk mewujudkan kerjasama antara agensi seperti Polis, Hospital Kuala Lumpur dan Bomba telah di rancangkan.
Ia dipelopori oleh beberapa pegawai dari Bomba dan Hospital Kuala Lumpur/ Jabatan Kecemasan dan Trauma.
Pada asalnya mereka merancang penubuhan Emergency Medical and Air Recue Services (EMARS) dimana ia melibatkan Ambulan Kecemasan, Polis - Helikopter dan Bomba.- Rescue Unit (yang wujud di KL pada masa itu). 
Mereka yang terlibat pada masa itu seperti DSP Kapten Azmi, Prof. Dato' Sri Dr. Abu Hassan Asaari bin Abdullah, Doktor Roshidah Ibrahim, Tuan Mohd Ali Tambi Chik, Dato' Mahadi bin Md Ali, Dato’ Haji Zulkarnain bin Kassim, Tuan Md Hilman Bin Abd Rashid, Tuan Ahmad Shahabudin, Tn Borhan dan beberapa pegawai lagi.
Disebabkan beberapa perkara hasrat ini tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya pada masa itu. Ia tidak berakhir disitu, dengan semangat dan keazaman beberapa pegawai ini akhirnya Bomba memiliki Ambulan atau lebih dikenali sebagai Jentera EMRS.
Pada masa ini jugalah unit EMS mula ditubuhkan dengan melatih anggota yang terpilih yang melalui beberapa peringkat ujian dan latihan.
Setelah memperolehi Jentera EMRS kursus Emergency Medical Technician & Trauma– Basic telah dipertingkatkan lagi bagi melatih dan mengiktiraf anggota sebagai EMS.
Kumpulan ini dilatih oleh kakitangan Jabatan Kecemasan dan Trauma dibawah seliaan Malaysian Society for Traumatology and Emergency Medicine (MASTEM).
Ia dipantau terus oleh Prof. Dato' Sri Dr. Abu Hassan Asaari, Doktor Roshidah Ibrahim, Dr, Fatahul Laham Mohamed dan beberapa Doktor serta PPP, Matron, Nurse dari Jabatan Kecemasan dan Trauma yang menjadi Jurulatih dan Penceramah.
Anggota Bomba yang terpilih menganggotai EMS telah dilatih dengan pelbagai kemahiran dan pendedahan diantaranya:
Pengurusan mangsa trauma, Intravenous (IV), Pengurusan bersalin, Pengurusan Luka dan jahitan dan beberapa topik yang lain bagi memastikan anggota EMS sentiasa bersedia jika berlaku sesuatu operasi diluar jangkaan. 
Bagi memastikan anggota ini dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya, mereka perlu menjalani kursus selama 3 minggu. Melalui ujian teori, praktikal dan OSCE sebanyak 20-25 station. Mereka juga perlu hadir latihan 120 jam di Jabatan Kecemasan Dan Trauma. Sekiranya gagal mereka tidak akan dilantik sebagai anggota EMS.
Semua ini berlaku dahulu. Kini beberapa perubahan telah berlaku. 
Semua ini bermula pada tahun 2004, dimana Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia serta Malaysian Society for Traumatology and Emergency Medicine (MASTEM) telah menubuhkan Pasukan khas iaitu Pasukan Perkhidmatan Perawatan Kecemasan atau Emergency Medical Services (EMS) dan ditambah baik nama unit kepada Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan  atau Emergency Medical Rescue Services (EMRS).

Alhamdulillah atas usaha gigih beberapa pegawai pada masa itu akhirnya kerajaan bersetuju meluluskan bayaran Insentif Pre Hospital Care” berpandukan syarat yang ditetapkan JPA.

Terima kasih atas usaha Dato’/ tuan/ puan, bomba berjaya ada satu unit perawatan kecemasannya sendiri. Kini usaha diteruskan, wujudnya EMARS - Emergency Medical Air Rescue Services di Bahagian Udara dan beberapa anggota EMRS telah mendapat pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia dalam Bidang Emergency Medical Technician Level 1, 2 dan 3 serta menjadi Personel Penilaian dan Verifikasi SKM EMT dibawah Jabatan Kemahiran Malaysia. Mungkin suatu hari nanti bomba akan ada Paramedik sendiri dalam terus memantapkan urusan tugasan menyelamat yang semakin mencabar.
Aku turut berbangga kerana telah terlibat secara lansung atau dibelakang tabir dalam kewujudan pasukan EMRS ini. Dari ZERO dalam bidang EMT ini kini aku telah berada ditahap yang membanggakan diriku. Terima kasih kepada insan-insan yang dulu banyak memberi aku peluang dan ruang. Semoga EMRS terus maju dimasa mendatang. Setiap permulaan akan hadir penghujung.  Teruskan generasi baru. 
Rujukan: Pegawai - pegawai lama dan dokumentasi yang ada.

HULU SELANGOR AMATEUR RADIO FAN CLUB