Sabtu, Oktober 06, 2018

Kami Anggota Penyelamat


Kami ni BODOH,
Kami xda ilmu yang cukup,
Kami x dilatih berbulan2,
Kami x diberi kursus sehingga berpencen,
Kerja kami xguna akal.
Kami x jaga keselamatan diri.. 
Kami masuk dalam api bila orang lari keluar,
Kami redah hutan bila ada orang x keluar,
Kami masuk dalam air bila ada yg x mampu keluar,
Kami buat apa yang orang TAK MAHU buat,
Kami x ramai tapi kami ada disaat diperlukan,
Tengah makan kami gerak,
Tengah berak kami gerak,
Tengah solat kami gerak,
Tengah cuti pun kena gerak,
Kami buat demi amanah yang digalas,
Bergerak secepat mungkin walaupun kami tak kenal, 
Keluarga kami belum tentu kami dapat selamatkan,
#9w2mdp #noorkasih 
Bukan harta atau kesenangan atau pujian melampau,
Walaupun x mampu ucapkan terima kasih,
Kalau tak mampu tersenyum,
Cukuplah dengan berdiam diri,
Kami sekadar menjalan amanah dengan semampu yang bolah.
Kami juga manusia.
Kalau ada yang bijak pandai bantulah dengan cara yang betul.
Bukan sekadar menjadi PAKAR dalam MEDIA SOSIAL.
Sertai kami, bantu kami, sama-sama kita jaga masyarakat kita.
Mungkin ilmu yang tinggi ada pada PAKAR dalam MEDIA SOSIAL ni dapat meningkatkan lagi perkhidmatan pasukan penyelamat.
Tak perlu mengutuk tapi marilah bersama menjayakan sesuatu operasi.
SAYA CABAR KEYBOARD WARRIOR SERTAI PASUKAN PENYELAMAT SUKARELA.
Sama-sama membantu. 
Kalau x mampu cukuplah sekadar DOAKAN anggota penyelamat ini selamat. 
#wearebrotherhood
#firefighter
#penyelamat
#cabarkeyboardwarrior
#sertaisukarela

Rabu, September 05, 2018

KURSUS SEARCH AND RESCUE

4 hari 3 malam. 
Kursus Search and Rescue. 
18km masuk hutan dan bukit bukau. 
4jam perjalanan. 
Hari kedua 3 jam perjalanan  
Tak lama dah nak habis... 




Sabtu, September 01, 2018

19th Anniversary

Tarikh ini 1 September,  19 tahun dahulu secara rasminya aku menjadi suamimu. Berbagai suka duka telah kita tempuhi bersama. Susah senang dalam kehidupan. Terima kasih isteriku De Kasih Anis  kerana sudi menyayangi ku. Menerima ku seadanya. Ku doakan agar Allah melindungi rumahtangga kita hingga keakhir hayat dan moga diteruskan hingga Jannah. Sempurnakanlah perkahwinan ini sebagai ibadah kepadaMu. #noorkasih #9w2mdp

Sabtu, Jun 16, 2018

Raya 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Alhamdulillah dapat berkumpul
1 keluarga. Meriahkan rumah mak.
Ramai saudara mara datang. 
Sempat berjumpa kawan2 lama. 










Sabtu, Februari 24, 2018

Kejutan sambutan hari lahir

Alhamdulillah... Walaupun lagi 10 hari. Malam ini, Isteri dan anak2 buat kejutan sambutan hari lahir. Selalunya abah yg buat.. 😂😂😁
Sebab katanya nanti abah dah masuk kursus x sempat.
Apapun terima kasih pemaisuri De Kasih Anis dan puteri2 ku. Nabila Hamidi Nafisa Hamidi Nazifa Hamidi.
Takda ucapan selain terima kasih. Abah cuba jd yg terbaik. Walaupun abah kadang2 xda masa dgn anak2 abah. Inshaallah abah juga sentiasa doakan anak2 abah dan ibu sentiasa diberikan kesihatan dan kebahagiaan serta kejayaan. Walaupun sukar airmata ini mengalir, tp dlm hatiku amat terharu. Semoga kalian akan terus begini selamanya. 
#noorkasih





HULU SELANGOR AMATEUR RADIO FAN CLUB