Sabtu, Disember 21, 2019

EKSA

Kini bermula pula aktiviti eksa.
Bagi menambahkan keceriaan mencuba lukisan dinding 3D.
2 3 hari melukis. Pastu mewarna.
Alhamdulillah menjadi juga.... 








Perbincangan EMRS & OKK

Setelah hampir 15 tahun penubuhan EMRS, Alhamdulillah kini semakin bertambah baik.
Perjumpaan YS Pengarah bersama Wakil Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dan Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Sultanah Bahiyah telah diadakan baru baru ini.
Banyak perkara yang dibincangkan demi melancarkan program dan aktiviti berkaitan.






Selasa, Ogos 20, 2019

Anxiety Disorder


SIHAT Nampak Normal, Tapi Ini 8 Tanda Anda Mengalami ‘Anxiety Disorder’
ByNazurah HassanPosted on August 1, 2018

Kita semua mengalami debaran and keresahan dari semasa ke semasa. Bagi kebanyakan orang, rasa panik, fobia, gugup, gementar atau bimbang adalah lumrah dan hanyalah sementara.
Namun bagi sebahagian daripada kita, keresahan berlaku terlalu kerap sehingga ianya mula bertukar menjadi satu gangguan yang tidak normal.
Jika anda kerap kali mengalami tanda-tanda berikut anda mungkin mengalami sebuah kondisi yang dikenali sebagai ‘anxiety disorder’.

8 TANDA ANDA MENGALAMI ‘ANXIETY DISORDER’

1. BIMBANG SEPANJANG MASA
Apabila anda mengalami ‘anxiety disorder’, anda sentiasa keresahan pada kebanyakan hari dan perasaan ini berterusan selama enam bulan. Ia boleh menjadi terlalu kronik sampaikan perkara harian yang remeh pun sering dirisaukan. Ini akan menyebabkan aktiviti harian anda terganggu manakala tubuh dan minda berasa letih yang luarbiasa.
“Perbezaan antara ‘anxiety disorder’ dan keresahan biasa adalah apabila emosi anda menyebabkan anda menderita dan hidup menjadi tidak terurus,” kata Sally Winston, PsyD, Anxiety and Stress Disorder Institute of Maryland di Towson.

2. SUKAR TIDUR
Masalah sukar melelapkan mata atau selalu terjaga selalunya terkait rapat dengan pelbagai keadaan kesihatan sama ada dari segi fizikal mahupun psikologi.

Kalau kita nak berhadapan dengan sesuatu yang penting keesokan harinya, normallah untuk berasa sedikit gementar atau teruja sehingga sukar melelapkan mata. Tapi sekiranya anda asyik terjaga, bimbang dan terfikirkan tentang masalah sampai tak boleh nak tidur atau terbawa-bawa ke dalam mimpi hingga kerap terjaga – ini adalah salah satu tanda ‘anxiety disorder’.

3. KETEGANGAN OTOT
Ketetangan otot yang berterusan adalah antara tanda yang mengiringi ‘anxiety disorder’. Tanda tanda ini boleh berlaku akibat respon tubuh terhadap stres yang keterlaluan. Ia boleh berlaku dengan kerap sehingga pesakit menganggapnya perkara biasa.

Menurut Anxiety Centre, rasa kebas pada tangan atau bahagian lain pada tubuh juga adalah simptom yang selalu dialami oleh mereka yang mengalami ‘anxiety disorder’.

4. MASALAH PENGHADAMAN YANG KRONIK
Keresahan mungkin bermula dari minda anda akan tetapi ianya boleh memperlihatkan tanda fizikal lain seperti sindrom gangguan usus (irritable bowel syndrome) iaitu satu keadaan yang mempunyai tanda seperti sakit perut, kejang otot, buncit, angin dalam perut, sembelit, atau cirit-birit. Ini semua merupakan masalah yang bermula dari saluran perut yang sensitif terhadap tekanan psikologi.

Keadaan tidak selesa dari segi fizikal dan sosial yang diakibatkan oleh masalah penghadaman ini juga boleh membuat seseorang merasa bertambah risau.

5. NERVOUS BREAKDOWN
Seseorang yang mengalami ‘anxiety disorder’ biasanya suka memendam perasaan. Namun apabila kebimbangan atau sesuatu yang mengganggu perasaannya memuncak, berlakulah ‘nervous breakdown’ seperti tiba-tiba marah, menjerit, atau mengamuk hingga hilang rasa malu dan takut.

Selain itu, ada sesetengah orang pula sering pengsan apabila terlalu stres.

6. HANYA FOKUS PADA KOMEN NEGATIF
Tak kiralah berapa banyak hal positif yang diungkapkan tentang kerja atau atau diri seseorang, ‘anxiety disorder’ menyebabkan seseorang tetap cenderung untuk fokus kepada bahagian yang negatif sahaja.

Akibatnya, seseorang itu akan mempunyai perangai yang terlalu cerewet dan obsesif terhadap kesempurnaan hingga berasa takut untuk gagal.

7. PANIC ATTACK
Serangan panik boleh menjadi sesuatu yang menakutkan kerana ia mirip dengan serangan jantung. Seseorang yang diserang ‘panic attack’ akan berasa sukar bernafas, sakit dada, pening, berpeluh-peluh, menggigil, jantung berdebar, sakit perut dan lemah tubuh badannya.

Bukan semua orang yang mengalami serangan panik ini mengalami ‘anxiety disorder’, tetapi mereka yang mengalaminya berulangkali perlu berjumpa doktor untuk mengesahkannya.

Selasa, Julai 30, 2019

Daulat Tuanku...

DAULAT Tuanku, merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah

Sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI pada 30 Julai 2019 bersamaan 27 Zulkaedah 1440H
"Semoga ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala Memberkati Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku"
#STORMBOMBA
#EMRS 
#9W2MDP

Khamis, Julai 25, 2019

MIREC 2019

Malaysia International Rescue Extrication Challenge 2019. 
Pada 18 dan 19 ogos 2019 telah berlangsungnya pertandingan 1st MIREC 2019.
Alhamdullilah telah diberikan peluang untuk mengadili pertandingan tersebut bersama Assessors dari Nederland. 
7 Negara 9 pasukan telah menyertai pertandingan itu. 
Semoga berjumpa lagi. 











Khamis, Jun 20, 2019

Kursus FR-EMRS siri 1/2019

Bermula 13 hingga 18 jun 2019. Sesi 1 dan sesi 2 sehingga 24 jun 2019.
Kursus FR EMRS telah dijalankan di Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah Kuala Kubu Bharu. 
Alhamdullilah diberi peluang untuk berkongsi ilmu dengan rakan2 baru. 
Selagi diperlukan kita akan membantu, dan bila masa dah tiba kita akan mengundur diri. 
Tahniah kepada yang dipilih semoga kalian dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Sepanjang 6 hari bersama peserta, doktor, ma banyak yang dapat dipelajari.
Perkongsian ilmu.
Kesungguhan fasilitator dalam membimbing peserta amat dihargai.
Walaupun kadang2 masa tambahan diperlukan.
Teruskan fasilitator seterusnya untuk sesi 2.








Isnin, Jun 10, 2019

Raya Aidilfitri 2019

Alhamdulillah tahun ini sekali lagi dapat beekumpul dengan adik beradik. 





Cucu cicit arwah Tok Awang

Cucu cicit arwah Tok Piah

Cucu Arwah Pak Ali

Bersama puteri2 ku


Kami x ramai 4 orang je.. 
Pesan arwah jagalah hubungan ini sebaik mungkin. 

Bersama insan tersayang. 





HULU SELANGOR AMATEUR RADIO FAN CLUB