Ahad, September 13, 2020

Kehidupan Perjalanan SUKA DAN DUKA.

 



Alhamdulillah, setelah 18 tahun dalam badan beruniform ni, berbagai dugaan dilalui.


Kesihatan pun dah mula berkurangan. 

Apa pun alhamdulillah masih diberi kekuatan. 


Kes 1 cervical scoliosis pun dah kembali pulih. 

Kes 2 anxiety disorder pun dah beransur hilang.

Kes 3 prostat. Keputusan darah normal, doktor kata baru ada tanda2 masih perlu pemeriksaan lanjutan. 


Dalam tempoh 18 tahun ini. Ada suka dan duka. 

Bak kata orang, umpama roda. Ada masa kita diatas, ada masa kita dibawah. 


Adakalanya kita berasa seperti kita dipergunakan bila diperlukan sahaja. Bila perlu baru dicari. Tetapi pada perkara yang orang lain dah x mahu. Bila ada yg mendatangkan keuntungan atau imbuhan kita terus hilang dari pandangan. 


Tapi kerana minat dan sayang perkara yqng telah dibuat kita redha. Walaupun kadang2 ada terdetik dihati.

Ingat kata-kata cikgu/jurulatih lama. Buat dan berikan yang terbaik walaupun kadang2 kita tidak dihargai. Mungkin imbuhan kita haya dariNya. 

Setiap yang berlaku ada sebab musababnya. 

Terima kasih kepada yang sudi berkongsi masalah. Yang memahami diri ini. Memang telah diajar akan bersuara jika ada yang kurang memuaskan. Suka melawan berdasarkan fakta yqng sedia ada. Apa yang dilakukan demi kebaikan semua tiada kepentingan diri.


Semoga apa yang telah dibuat diteruskan sebaik mungkin. Berilah peningkatan jangan dikurangkan. 

HULU SELANGOR AMATEUR RADIO FAN CLUB