Isnin, Disember 07, 2020

Ujian Buat Diriku

 Pada 19 November 2020 sekali lagi Allah uji diri ini.

Pada jam 11am aku terlibat dengan satu kemalangan kecil dirumah. Kedua belah kakiku disambar api. 




Dengan sedikit ilmu yang ada aku terus sejukkan bahagian  yang terkena api. Aku letakkan Burn Gel. Balut dan terus ke klinik kesihatan.

Selama 8 hari aku berulang alik buat pemeriksaan dan dressing bahagian burn tersebut. Tapi keadaan masih tidak banyak berubah. 

Pada bari ke9 kaki kanan mulai membengkak. Aku kawasan luka yg seakan bernanah. Ada kawan2 doc kata infection. Aku tidak diberikan ssbarang ubat..

Kerana hati mulai x selesa aku ajak anak dan isteri bawa ke HSB. Sampai di kecemasan pemeriksaan awal dilakukan. Doktor terus rujuk aku ke bahagian kebakaran ( burn unit). 

Pakar terus buat pemeriksaan dan teekejut dengan apa yang dilihatnya. Dan sejarah diambil. Pelbagai persoalan ditanya. 




Pakar arahkan semua kulit yang dah mati ditanggalkan. Dicuci dangan dan terus dibalut. Doktor terus admit wad kerna luka infection. 
7 hari aku di wad unit kebakaran. Untuk kurangkan aku diberi morfin dan antibiotics untuk cepat sembuh bahgian yang kena infection. 

27/11 - 4/12 aku berada di wad. 
Tghari 4/12 aku discharge. 3 hari sekali jumpa untuk cuci. 

7/11 aku kembali ke HSB untuk buka balutan dan cuci kaki. 
Alhamdulillah banyak perubahan positif. Luka dah mula kering. 



Keadaan selepas hari ke 19. Alhamdulillah. 11/12 dressing di HSB lagi. 
Mungkin ini satu ujian dari Ilahi agar jangan alpa. 
Aku bersyukur, isteri, anak2 dan keluarga serta kawan2 banyak bagi semangat. 









Semoga teeus diberikan kekuatan dalam mengharungi saki baki proses penyembuhan ini. 

HULU SELANGOR AMATEUR RADIO FAN CLUB