Selasa, Disember 21, 2021

Tak tahu bertanya. jangan sedap nak post kat media sosial je.


Yang mana menghentam pasukan penyelamat ni, meh aku nk share cerita sikit.

Kami bertugas di balai, keanggotaan setiap balai adalah anggaran 7 hingga 12 orang bagi setiap shif. Bila ada panggilan kecemasan banjir, kami semua akan bergegas ke lokasi panggilan yang pertama dahulu. Bila berlakunya bencana, panggilan kecemasan yang masuk kebiasaannya akan bertalu-talu dan tanpa henti. Tak termasuk lagi panggilan direct ke handphone anggota dan pegawai. Persoalannya, bagaimana kami nak hadir 10 tempat berbeza dalam masa yang sama?

Kami bertugas mengikut SOP dan KPI yang ditetapkan. Amalan kami sama seperti agensi lain, iaitu safety first. Kami bukan boleh sebarangan melakukan tugas menyelamat tanpa ambil kira soal risiko pada diri sendiri mahupun rakan sepasukan. Apa yang dah jadi pada kami pada tahun 2018 cukup terkesan pada diri kami hingga hari ini. 6 sahabat seperjuangan kami pergi meninggalkan kami serentak. Hanya Allah yang tahu hati kami.

Kami sedaya upaya membantu mengeluarkan mangsa banjir.. dengan segala apa yang kami ada. Kalau tiada bot, kami guna sampan. Kalau tiada sampan, kami sanggup dukung dan pikul mangsa sehingga ke tempat selamat. Kami tiada masa untuk merakam video atau mengambil gambar ketika bekerja kerana kami sememangnya tiada masa untuk berbuat demikian. Ada kala, bencana yang berlaku sangat luar biasa hingga membataskan tindakan menyelamat kami. Ketika itu, masa dan peluang adalah amat terhad untuk kami bertindak. Namun apakan daya, kami tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang.

Cukup sedih bila ada yang sewenangnya melemparkan tohmahan dan cacian kepada kami hanya kerana geram kami lambat tiba atau langsung tidak kunjung tiba di tempat anda. Wahai saudara, bilangan kami terhad, aset kami terhad. 1 pasukan penyelamat terpaksa respon berpuluh malahan beratus panggilan. Dalam masa itu, kami akan utamakan kes yang boleh kami respon bergantung kepada tahap bahaya dan risiko yang bakal kami hadapi. Persoalan lagi, bila air naik, apa yang anda lakukan? Mengapa tidak bersiap untuk berpindah? Mengapa tidak turut bersama memberi amaran kepada yang lain untuk berpindah? Adakah kami ibarat hamba abdi anda untuk menurut segala perintah anda? Ingat, kami tidak terkecuali membayar cukai seperti anda juga.

Ada masanya, kami sanggup mengambil risiko tinggi demi menyelamatkan nyawa yang bahaya. Hingga ada kala nyawa kami ibarat di hujung tanduk ketika menyelamatkan anda. Risiko lemas, hanyut, dijangkiti kuman merbahaya dan ditimpa atau dilanggar objek dalam banjir sanggup kami hadapi untuk anda. Tetapi ada kalanya setelah kami menggadai nyawa, rupanya anda tidak langsung berada dalam bahaya. Cuma yang berlaku hanyalah terputus bekalan air atau elektrik, atau lapar kerana tiada makanan. Kami bukan petugas penghantar makanan, dan kami juga bukan pemandu peribadi anda untuk menghantar anda sesuka hati anda. Bahkan, kami sendiri kelaparan, kesejukan dan keletihan mental serta emosi. Tapi demi anda, kami tolak tepi untuk tetap membantu.

Berbalik kepada anggota yang bekerja 12 jam sehari mengikut shif, apabila berlakunya bencana, kami tidak tamatkan shif kami dengan balik tepat pada masa. Kami sanggup bekerja lebih masa tanpa mendapat apa-apa bayaran overtime demi keselamatan nyawa dan harta-benda anda. Ada kala, apabila kami muncul membantu, tiada langsung sikap menghargai walau dengan ucapan terima kasih. Ada lebih teruk, pengorbanan kami dibalas dengan cercaan lambat, lembab, makan gaji buta dan macam2 lagi.

Kepada diri saya sendiri, saya bertugas di pejabat bomba mengikut waktu pejabat. Akan tetapi, apabila terima panggilan kecemasan, saya perlu hadir ke lokasi tidak kira waktu dan masa. Tengah malam, pagi buta, hari cuti dan waktu rehat pon tetap akan saya hadir demi tugas. Bila berlakunya bencana, tugas selaku pegawai kanan sedikit berbeza dengan anggota shif. Pegawai kanan tiada shif. Mereka perlu bertugas merancang, mengkoordinasi dan mengawal tindakan operasi sehingga keadaan selesai. Kadang kala, memakan masa hingga lebih 48 jam lamanya. Kami terpaksa melupakan waktu rehat. Kami terpaksa melupakan saat bersama anak dan isteri. Kami terpaksa melupakan penat jerih kami di pejabat kerana kami tahu, tugas kami masih belum berakhir.

Akhir kata, fahamilah kami juga. Kami juga manusia. Kami juga ada keluarga. Kami juga ada batas kemampuan. Dan kami juga ada hati dan perasaan. Fikirlah dahulu sebelum berkata-kata.

Credit to:
Mohamad Akmal Mohamad Khairi
Anggota bomba
20 Disember 2021.

Rabu, November 17, 2021

Bawah mata kusam

Bagi kebanyakan individu, lingkaran gelap ini hanyalah bersifat sementara yang selalunya disebabkan oleh faktor usia atau kekurangan tidur. Lingkaran gelap ini kebiasaannya tidak menyebabkan masalah serius lain. Malahan terdapat pelbagai cara untuk mengatasi dan merawat masalah ini.

Walau bagaimanapun, jika perubahan warna atau bengkak menjadi lebih teruk dari masa ke masa, pastikan anda berjumpa dengan doktor atau pakar dermatologi untuk mendapatkan pemeriksaan.
Keletihan
Terlebih tidur, keletihan yang melampau, atau berjaga beberapa jam melepasi waktu tidur normal anda boleh menjadi punca wujudnya lingkaran gelap ini. Kekurangan tidur juga boleh menyebabkan kulit anda menjadi kusam dan pucat, membuatkan tisu gelap dan saluran darah bawah mata akan menonjol.

Apabila anda kurang tidur ia akan membuatkan cecair muncul di bawah mata dan menyebabkan mata kelihatan bengkak dan ini sekali gus membuatkan lingkaran hitam itu sebagai bayangan kepada bengkak kelopak mata anda.

Tekanan mata
Menonton televisyen atau menghadap skrin komputer terlalu lama boleh menyebabkan tekanan tertentu kepada mata. Ini akan membuatkan saluran darah pada sekitar mata membesar. Akhirnya ia akan membuatkan bahagian sekitar mata anda menjadi gelap.

Genetik
Keturunan dan genetik juga boleh menjadi faktor besar yang mungkin menyebabkan munculnya lingkaran gelap di sekeliling mata anda.

Usia
Penuaan juga boleh menjadi antara faktor biasa yang menyebabkan kewujudan lingkaran gelap bawah mata. Semakin anda berusia, kulit anda akan menjadi lebih nipis.

Kehilangan lemak dan kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit. Apabila situasi ini berlaku, saluran darah gelap bawah kulit akan menjadi lebih ketara menjadi kulit sekitar mata menjadi gelap.

Kekurangan nutrisi
Lingkaran bawah mata boleh terjadi kerana kekurangan nutrisi dari pengambilan diet pemakanan anda. Diet yang sihat dan kaya nutrisi seperti vitamin A, C, K, E dan nutrien boleh menghilangkan lingkaran gelap.

Alahan
Reaksi alahan dan kekeringan mata boleh mencetuskan lingkaran gelap. Apabila anda mengalami reaksi alahan, badan akan mengeluarkan histamin yang akan bertindak balas ke atas bakteria berbahaya.

Selain menyebabkan simpton yang tidak selesa seperti kegatalan, kemerahan, dan mata bengkak, histamin turut menyebabkan saluran darah anda melebar dan tampak lebih hitam di bawah kulit.

Alahan juga boleh mengakibatkan wujud keinginan untuk menggosok dan menggaru kulit gatal sekitar mata. Perbuatan ini akan memburukkan lagi simptom yang dihadapi, menyebabkan keradangan, pembengkakan, dan saluran darah pecah – mewujudkan bayang-bayang gelap di bawah mata.

Merokok dan alkohol
Amalan gemar berparti pada lewat malam, merokok atau pengambilan alkohol boleh menjejaskan kulit dan menyebabkan lingkaran gelap.

Lebih membimbangkan tabiat ini bukan sahaja menyebabkan bawah mata hitam, tetapi individu yang terdedah kepada penggunaan alkohol dan produk tembakau adalah lebih cenderung untuk mendapat kanser oral dan kanser farinks (bahagian tekak).

Malah, gabungan alkohol dan tembakau adalah lebih membawa maut berbanding apa yang anda fikirkan. Kombinasi pengambilan kedua-duanya meningkatkan risiko kanser dengan ketara.

Dehidrasi
Lingkaran ini boleh menjaditanda kekurangan air dalam badan kerana pengambilan minuman berkafein secara berlebihan. Dehidrasi juga antara punca biasa lingkaran bawah mata. Badan yang tidak menerima jumlah air yang mencukupi, boleh menyebabkan kulit kelihatan kusam dan mata akan kelihatan tenggelam.
Cahaya matahari
Pendedahan kepada cahaya matahari secara berlebihan boleh menyebabkan badan anda menghasilkan melanin -pigmen yang memberikan warna kepada kulit – secara berlebihan.

Terlalu banyak cahaya matahari – khususnya kepada mata – boleh menyebabkan pigmentasi sekitar kulit menjadi lebih gelap.

Perubahan hormon
Kebiasaannya, perubahan hormon pada wanita, disebabkan proses kehamilan atau kitaran haid, turut boleh menyebabkan wujudnya lingkaran gelap.

Selasa, November 16, 2021

Vaksin Booster

Alhamdulillah dos booster dah selesai. 
Boleh tahan dia punya penangan. 

Lepas cucuk BP 137/88
Balik rumah 139/94

Makan ubat rehat. Malam rasa nak demam. 
Keesokan pergi kerja awalnya ok. Bila spai sekerat hari check bp 137/89.
Kepala rasa berat. Badan rasa lenguh. 
Balik rumah telan penadol extend. Pastu rasa nak demam lak. 

Jumaat, September 24, 2021

Lawatan Kerja BBP YAN

“Ada Payung Terjun?“ antara ungkapan yang keluar dari mulut Dato’ Sri Dr. Haji Ismail Bin Haji Muttalib.
“Ada Dato" balas aku. 
“Dia juga antara specialist Unit EMRS dah boleh jadi MA“  sampok YAS Dato' Sri Ts. Mohammad  Hamdan Bin Hj. Wahid.
Sempat juga menjawab beberapa pertanyaan Dato' Sri Dr. Ismail. 

Terima kasih YAS Dato' Sri  kerana masih bertanyakan berkaitan perancangan EMRS yang pernah diketengahkan dulu, semasa menunggu ketibaan YBTM. Semoga ia dapat direalisasikan. Saya hanya menjalankan amanah.

Alhamdulillah YAS Dato Sri KP masih ingat apa yang pernah dibincangkan dulu. Tapi masa dah berlalu, Adakah ia masih dapat diteruskan. 
#simpanuntukkenangan
#noorkasih

Kisah kehidupan

Ada sorang rakan nama dia chot.
Chot ni jarang langgar arahan walaupun kadang2 suka melawan.
Ada apa2 nama chot selalu disebut. 
Urusan kerja, macam 2 lah.
Tp chot ni jarang naik namanya bila ada sesuatu yg menarik.
Pasti akan tercicir. Chot layan je, dia kata bukan rezeki dia
Tapi nama chot jarang tercicir bila ada perkara yg perlukan buah fikiran dan masa, mudah cakap yg kena perah otak, guna tenaga. 
Tapi kadang2 tengok chot macam sedih je. Dia mengomel macam2 tp hakikatnya dia tetap akan buat, membantu.
Cuma sekarang rakan2 tgk chot dah buat x tahu, x nak aktif.
Bila tanya chot kata dia dah malas, dia buat bodo je.
Kesian kat chot. Mungkin itu yang terbaik buat chot. Setelah sekian lama dia berikan, mungkin masa dia berehat sekejap. 
Apa pun chot tetap membantu selagi mampu.
Itulah kisah chot. 

#pengorbanan
#terasahati
#kuatkansemangat
#Dialebihmengetahui

Rabu, Ogos 04, 2021

Bila usia melepasi 40an

Melepasi usia 40an, aku memilih untuk tenang. Tidak seperti awal awal dahulu. Aku antara fighter. Ada sahaja benda yang boleh ditentang aku akan bangkit. Lawan tetap lawan. Kini aku sedar, terlalu banyak kita berjuang lama lama kita akan bersendirian. Rakan rakan yang menyokong akan meninggalkan kita. Mereka terpaksa memilih untuk menjaga periuk nasi sendiri.  Tiada gunanya kita berjuang bermati matian kerana kita sahaja yang akan mati, tiada guna susahkan diri untuk mendapatkan madu sedangkan madu itu kita sendiri tidak dapat merasa kerana orang lain yang menghabiskannya. 

Lantas usia yang berbaki ini aku harus tenang sahaja. Menjalankan amanah dengan hati terbuka. Tak perlu marah atau menentang lagi. Tidak ada apa yang perlu dibuktikan. Hidup ini hanya sekali. Lakukan tanggungjawab dengan hati terbuka, riang dan gembira. Tak perlu persoalkan apa apa.

Jika ada orang diluar sana yang mengutuk atau mempertikaikan kerja kita. Senyum sahaja. Tak perlu balas semula. Kita anggap mereka sayangkan kita. Ambil berat tentang kita. Sebab itu mereka sentiasa mahu tahu tentang kita. 
Biarkan kicau kicau itu berlalu dibawa angin. Hidup kita tenang. Esok lusa hilang begitu sahaja.

Kalau hari ini kita terbaring diranjang hospital, yang berada disisi kita cuma keluarga. Rakan sejawat hanya ziarah sekali sekala. Yang datang membawa buah oren dan epal disaat kita tidak mampu lagi untuk menelan. Kalau lama sangat terbaring, yang menyusul hanya Medical Board dan bersara pilihan. Walaupun sebelum ini kau mampu dapat APC setiap tahun. Segalanya akan dilupakan dan tinggal kenangan.

Untuk kita terus berjuang memerlukan tubuh badan yang sihat. Ia memerlukan minda yang tenang dan sihat. Lakukan segalanya dengan hati yang gembira. Usah pilih untuk bersengketa. Pedulikan sahaja kata kata nista atau cakap cakap belakang. Hanya kita sahaja yang faham tentang diri kita. 

#9w2mdp #noorkasih 
**mengambil kata2 seseorang dan disesuaikan dengan kehidupan ini....

Selasa, Jun 22, 2021

Cabaran dalam menceburi bidang perniagaan bundle.

Pada mulanya aku ni masuk live FB jual kasut bundle. Tengok beli dan try luck "lock free". Bila dah banyak dapat bagi pada kawan2 dan sesiapa yang bernasib baik. 
Lepas tu terfikir nak cuba jual tengok macam mana. Alhamdulillah ada pembeli. 
Pastu aku beranikan diri beli dalam kuantiti yang sedikit dahulu bermodal hampir RM1k. Alhamdulillah bergerak jualan. Bila rasa macam dah ok aku beranikan diri beli guni. Bermula dengan guni rm1k hingga rm3.3k.
Aku beranikan diri. Aku dapatkan kebenaran dari jabatan untuk berniaga online Alhamdulillah diluluskan. Ini memberi semangat untuk terus berusaha. 
Aku akhirnya daftarkan NOORKASIH BUNDLE dalam SSM. Ini untuk memudahkan urusan-urusan yang berkaitan suatu masa nanti. Sebab aku bukan B40 xdapat free. Hehehe depq ingat M40 ni banyak duit. Tapi tawakal je. 
Setelah beberapa bulan berniaga Alhamdulillah ada yang ok dan ada yang kurang ok. Sampai satu tahap aku hampir nak putus asa. 
Jualan tidak menjadi. Buat live kat FB tiada sambutan. Aku hampir kecewa. Ada hutang pada supplier. Masa ini baru aku tahu siapa kawan siapa lawan. Aku nekad mencari jalan penyelesaian. Alhamdulillah Allah berikan jalan. 

Aku cuba berbagai cara. Sampai satu masa ada kawan bgtau cuba jual kat tiktok ramai dah buat. Aku pun terus buka akaun kerana nak buat live, rupanya kena ada 1k follower baru boleh live. Maka bermulalah kerja follow orang. Hahaha. Buat content yang mana ramai orang tengok. Jadilah budak2 kejap.



 Dalam 40 hari lebih kurang akhirnya aku berjaya buat live kat tiktok. Alhamdulillah. 
Pada awalnya sambutan agak kurang tapi masih memuaskan. Aku pun mula mencari bekalan. Akhirnya jumpa insan yang sudi beekongsi rezeki dengan ku. Dan kini hasilnya alhamdulillah. Semoga Allah terus membuka pintu rezeki ku untuk aku terus berniaga dan berkongsi rezeki. Dalam Rezeki Ku Ada Rezeki Insan Lain. 
Bantulah Follow Page FB Noorkasih bundle Jualan kasut murah2 #kongsirezeki .

https://www.facebook.com/Noorkasihbundle/

Live di tiktok 8pm. (Noorkasihbundle) 
https://vt.tiktok.com/ZSJCLETG5/


Saya masih belajar. Bantulah saya. Semoga perniagaan ini dapat memberi sedikit bantuan kewangan keluarga. Hanya Allah yang maha mengetahui. 
Saya diakan agar kita semua serta pembeli saya xan rakan2 yang support saya dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki. 

 

Sabtu, April 17, 2021

Bolehkah Penjawat awam ada perniagaan



Ramai dok tanya, boleh buka syarikat ke kerja kerajaan. Cubalah selak kat pakcik google. Akhirnya jumpa. (kalau ada yg terbaru boleh kongsi) 

Depa yang dok berniaga online ada syarikat ni langgar peraturan tatatertib sebagai penjawat awam ke? 

Bagi nak tampung kos sara hidup yang agak tinggi sekarang ni ramai yg mula berniaga kecil kecilan. Nak tambah pendapatan (bukan nak kaya) kalau kaya Alhamdulillah. 

𝗕𝗲𝗿𝗱𝗮𝘀𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗮𝘁𝘂𝗿𝗮𝗻-𝗽𝗲𝗿𝗮𝘁𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗔𝘄𝗮𝗺 (𝗞𝗲𝗹𝗮𝗸𝘂𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗧𝗮𝘁𝗮𝘁𝗲𝗿𝘁𝗶𝗯) 𝟭𝟵𝟵𝟯 𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗶𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗣𝗲𝗿𝗮𝘁𝘂𝗿𝗮𝗻 𝟱 : 𝗣𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗟𝘂𝗮𝗿, 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗺𝗲𝗹𝘂𝗹𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝘂𝘁:

𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗹𝗮𝗸𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘄𝗮𝗸𝘁𝘂 𝗽𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗱𝗶𝗸𝗲𝗵𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻𝗸𝗮𝗻 𝘁𝘂𝗴𝗮𝘀 𝗿𝗮𝘀𝗺𝗶𝗻𝘆𝗮.

𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗲𝗷𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗿𝗴𝘂𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗮𝘄𝗮𝗺.

𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗰𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗼𝗻𝘀𝗶𝘀𝘁𝗲𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗱𝘂𝗱𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶.

𝗕𝗲𝗿𝗱𝗮𝘀𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗮𝘁𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗺𝗮𝗻𝗮-𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗣𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗔𝘄𝗮𝗺 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗰𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗸𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗵𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗱𝗮𝗵𝘂𝗹𝘂 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘁𝘂𝗹𝗶𝘀 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮.

(Alhamdulillah semua dah lepas SSM #noorkasihbundle)

Minta tolong SHARE, FOLLOW, LIKE PAGE SAYA

www.facebook.com/Noorkasihbundle/

Yang dok berniaga (online) macam di Media Sosial Facebook, Instagram dll.

Sebenarnya ia juga disifatkan melakukan pekerjaan luar.

Ia berdasarkan surat dari Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Pemantauan Ke Atas Pegawai Awam Yang Menjalankan Perniagaan Dalam Talian yang telah dikeluarkan pada 2014.

Semoga jadi panduan. Jangan nanti kita bergaduh perkara yang dah ada hitam putih.

HULU SELANGOR AMATEUR RADIO FAN CLUB