Melepasi usia 40an, aku memilih untuk tenang. Tidak seperti awal awal dahulu. Aku antara fighter. Ada sahaja benda yang boleh ditentang aku akan bangkit. Lawan tetap lawan. Kini aku sedar, terlalu banyak kita berjuang lama lama kita akan bersendirian. Rakan rakan yang menyokong akan meninggalkan kita. Mereka terpaksa memilih untuk menjaga periuk nasi sendiri. Tiada gunanya kita berjuang bermati matian kerana kita sahaja yang akan mati, tiada guna susahkan diri untuk mendapatkan madu sedangkan madu itu kita sendiri tidak dapat merasa kerana orang lain yang menghabiskannya.
Lantas usia yang berbaki ini aku harus tenang sahaja. Menjalankan amanah dengan hati terbuka. Tak perlu marah atau menentang lagi. Tidak ada apa yang perlu dibuktikan. Hidup ini hanya sekali. Lakukan tanggungjawab dengan hati terbuka, riang dan gembira. Tak perlu persoalkan apa apa.
Jika ada orang diluar sana yang mengutuk atau mempertikaikan kerja kita. Senyum sahaja. Tak perlu balas semula. Kita anggap mereka sayangkan kita. Ambil berat tentang kita. Sebab itu mereka sentiasa mahu tahu tentang kita.
Biarkan kicau kicau itu berlalu dibawa angin. Hidup kita tenang. Esok lusa hilang begitu sahaja.
Kalau hari ini kita terbaring diranjang hospital, yang berada disisi kita cuma keluarga. Rakan sejawat hanya ziarah sekali sekala. Yang datang membawa buah oren dan epal disaat kita tidak mampu lagi untuk menelan. Kalau lama sangat terbaring, yang menyusul hanya Medical Board dan bersara pilihan. Walaupun sebelum ini kau mampu dapat APC setiap tahun. Segalanya akan dilupakan dan tinggal kenangan.
Untuk kita terus berjuang memerlukan tubuh badan yang sihat. Ia memerlukan minda yang tenang dan sihat. Lakukan segalanya dengan hati yang gembira. Usah pilih untuk bersengketa. Pedulikan sahaja kata kata nista atau cakap cakap belakang. Hanya kita sahaja yang faham tentang diri kita.
#9w2mdp #noorkasih
**mengambil kata2 seseorang dan disesuaikan dengan kehidupan ini....