Semoga segala urusan selepas ini berjalan lancar.
Rabu, Januari 19, 2022
Perjalanan Untuk Memiliki SIJIL KEMAHIRAN MARA
Setelah hampir setahun menanti akhirnya dapat juga diselesaikan bayarannya.
Rabu, Januari 05, 2022
UNIT DRON JBPM KEDAH BANTU PEMANTAUN BANJIR DI TERENGGANU
Bermula 2 Jan 2022 Unit Dron JBPM Kedah telah diminta untuk bersama Unit Dron JBPM Terengganu dalam membuat pemantauan kawasan berisiko banjir di negeri tersebut.
Dua pegawai Unit Dron telah diarahkan ke Terengganu bagi urusan tersebut.
PPgB Noorhamidi Bin Ali dan PB Muhammad Zabidi Bin Chek Yum bersama Pegawai Unit Dron JBPM Terengganu dan ABPM Wilayah Tengah telah manggalas amanah yang telah diberikan bagi membuat penilaian risiko kawasan-kawasan yang berkemungkinan berlaku banjir.
Sepanjang tugasan dijalankan berbagai cabaran dihadapi seperti gangguan dari burung helang, keadaan cuaca yang tidak menentu dan faktor angin kuat.
Walaupun begitu setiap ruang yng ada digunakan sebaik mungkin menerbangkan pesawat tanpa pemandu (UAV) atau lebih sebagai dron bagi mendapatkan maklumat gambaran keadaan sekitar dalam bentuk video dan imej.
Maklumat yang dikumpulkan akan disalurkan ke Pusat Gerakan Operasi, Balai berdekatan dan juga Bahagian Udara Bomba bagi tujuan rekod dan siap sedia.
Sepanjang bertugas mengendalikan UAV ini, banyak pengalaman baru yang diperolehi. Kerana sebelum ini pemantauan banyak dilakukan melalui darat. Dengan adanya UAV ini keluasan kawasan pemantauan dapat dilakukan dengan lebih meluas dan rekod dapat dikumpul dengan lebih baik. Masa dan tenaga dapat dikurangkan. Jika sebelum ini ada kawasan yg tidak dapat dimasuki untuk pemantauan tetapi dengan menggunakan dron kawasan yg sukar dipantau dapat dilaksanakan pemantauan.
Rekod imej dan video yang diperolehi akan digunakan pada masa yg sama dan juga untuk dijadikan rujukan dan perancangan dimasa hadapan. Walaupun penggunaan UAV ini masih lagi baru dalam Jabatan ia telah sedikit sebanyak dapat membantu Jabatan dalam pengoperasian kebombaan dan penyelamatan.
Selain dari kes banjir, Unit dron juga terlibat dalam membantu dalam operasi mencari dan menyelamat. Dalam menyediakan imej dari pelbagai sudut bagi siasatan kebakaran.
Pihak bomba akan sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
Langgan:
Catatan (Atom)