Alhamdulillah, setelah 20 tahun jadi Abam Bomba ni, berbagai dugaan dilalui.
Daripada ZERO pasal medik, kini dapat berkongsi ilmu yqng ada dengan insan lain.
Diberi peluang menguruskan Pasukan EMRS dari awal penubuhan sehingga kini.
Alhamdulillah dah ada ADVISOR yang dilantik secara rasmi bagi pengurusan EMRS di negeri negeri.
Dapat ilmu pasal ICT
Dapat ilmu komunikasi
Dan Macam2 lagi🤣🤣🤣
Cuma untuk EMRS harap ada penambahbaikkan pengetahuan dan latihan untuk EMRS yang kini telah berusia 17 tahun...
Dan demi kepuasan diri, aku mencabar diri untuk mendapatkan MALAYSIAN CERTIFICATE OF EXCELLENT, EMERGENCY MEDICAL TECHNICIAN (LEVEL 1,2,3). Pada tahun 2022 aku berjaya memperolehi SKM EMT level 1,2 dan 3.
Dalam tempoh 20 tahun ini. Ada suka dan duka.
Bak kata orang, umpama roda. Ada masa kita diatas, ada masa kita dibawah.
Adakalanya kita berasa seperti kita dipergunakan bila diperlukan sahaja. Bila ada yg mendatangkan keuntungan atau imbuhan kita terus hilang dari pandangan.
Tapi kerana minat dan sayang perkara yqng telah dibuat kita redha. Walaupun kadang2 ada terdetik dihati.
Ingat kata-kata cikgu/jurulatih lama. Buat dan berikan yang terbaik walaupun kadang2 ia seperti tidak wujud. Mungkin imbuhan kita hanya dariNya.
Setiap yang berlaku ada sebab musababnya.
Terima kasih kepada yang sudi berkongsi masalah. Yang memahami diri ini. Memang telah diajar akan bersuara jika ada yang kurang memuaskan. Suka melawan berdasarkan fakta yang sedia ada.
Semoga apa yang telah dibuat diteruskan sebaik mungkin. Berilah peningkatan jangan dikurangkan.
Apa pun alhamdulillah masih diberi kekuatan.
Mungkin tandanya sudah sampai masa....
Muka habis rekrut😉, kurusnya dulu.