Sabtu, Disember 17, 2022

Anggota Bomba India Berkhatan


"Rasa sakit itu sikit saja tapi seronok dapat bersama berkhatan dengan kanak-kanak Melayu, malah rakan seperjuangan turut memberi sokongan," kata K Saravanan, 25.


Saravanan adalah Pegawai Bomba Bantuan (PBB) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan yang dikhatankan bersama 38 kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun di BBP Yan di sini. Katanya, dia yang baru tujuh bulan bertugas menawarkan diri untuk berkhatan selepas dimaklumkan program hari ini dilakukan secara percuma anjuran BBP Yan dengan kerjasama Hospital Yan.


"Saya memang nak berkhatan untuk kebersihan diri daripada kuman sebab itu saya tawarkan diri (berkhatan) walaupun saya seorang saja berketurunan India.

"Mula-mula berdebar jugalah tapi lepas selamat dikhatankan, perasaan takut hilang," katanya ketika ditemui, hari ini.

Saravanan berkata, adik lelakinya, Dorai Rash, 23, pula dikhatankan sejak lahir malah ibu bapa mereka banyak memberi sokongan.


Katanya, dia yang menetap di Tongkang Yard, Alor Setar akan tinggal di penginapan BBP Yan sehingga luka sembuh.


Sementara itu, Ketua BBP Yan Noorhamidi Ali berkata, Majlis Berkhatan dan Kesyukuran BBP Yan bersama Komuniti Yan itu mendapat sumbangan daripada Jabatan Sukarelawan Malaysia, Petronas Gas, Bomba Komuniti, Ahli Parlimen Jerai, Bank Rakyat dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia

HULU SELANGOR AMATEUR RADIO FAN CLUB