Jumaat, Jun 03, 2011

Pertukaran Komandan


Mantan Komandan ABPM KKB.
Terima kasih tuan diatasa segala teguran dan
tunjuk ajar yang diberikan.
Semoga tuan terus berjya ditempat baru.

Mulai 1 Jun 2011, ABPM KKB bakal mengalami pertukaran ketua pentadbirnya di mana Komandan, PKPjB Norhisham bin Mohammad akan ditukarkan sebagai Pengarah JBPM Sarawak dan tempatnya bakal diambil alih oleh PKPjB Haron Tahir yang sebelum ini menjawat jawatan Pengarah JBPM Kedah manakala kekosongan yang ditinggalkan di Kedah akan diisi oleh Pengarah JBPM Sarawak, Ahmad Shahabudin.

PKPjB Norhisham bin Mohammad mula berkhidmat di ABPM KKB pada 26 Jun 2009. Sepanjang beliau bertugas di sini, banyak sumbangan dan idea diberikan disamping keprihatinan dan kemesraan beliau terhadap kakitangannya membuatkan warga ABPM KKB amat terasa dengan pertukaran beliau.

Semoga PKPjB Norhisham bin Mohammad terus maju dan berbahagia di tempat baharu. Jasamu akan dikenang oleh semua warga ABPM KKB walaupun tiada di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HULU SELANGOR AMATEUR RADIO FAN CLUB