Ahad, Mac 18, 2012

AKU, KAU, DIA, KAMI DAN THALASSAEMIA

AKU, KAU, DIA, KAMI DAN THALASSAEMIA

Dari kejauhan aku, kau, dia, kami

Datang ke bumi sumpahan Mahsuri

Mencari sedikit penawar dalam pertemuan ini

Aku, kau, dia, kami

Ingin bercerita, berkongsi rasa

Apakah itu Thalassaemia?

Wahai teman, wahai sahabat

Pernahkah mendengar? Pernahkah merasa? Pernahkah bertanya?

PERNAHKAH?

Wahai teman, wahai sahabat, Ia bukan Manisan bukan Hiasan

Datangnya tanpa diundang dan tanpa diragu-ragu

Asal keturunan darah yang mengalir

Sudah ketentuan yang sukar ditolak

Darah pekat mengalir

Desferal dan L1 adalah harapan

Aku, kau, dia, kami basi menyambung Hayat dan Impian

Jangan kami disisihkan kerana kami juga seperti Insan yang lain

Walau apa yang berlaku,

kehidupan kami harus diteruskan

Kerana kami pasti, Tuhan sentiasa bersama kami

Bukan kami pinta Untuk dilahirkan begini

Tetapi kami pasrah

Dengan apa yang ditentukan Ilahi

Keluarkan aku

Keluarkan kau...

Keluarkan dia....

Keluarkan kami....

KELUARKAN

Dari kepompong kepiluan

Kami ingin terbang bebas

Di awan biru

Laksana Helang putih

Ayuh...Bangun

Berusahalah.....dengan semangat

Diiringi doa

Pasti.....

Tercapai segala harapan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HULU SELANGOR AMATEUR RADIO FAN CLUB