Ahad, Julai 28, 2013

Tahun kedua aku dan famili berpuasa dan berhari raya di Sarawak, Tetapi tahun ini amat sedih bagiku kerana terasa serba kekurangan. Maafkan Abah anak2ku, tahun ini abah x mampu memberikan sesuatu yang baru seperti orang lain. Tetapi abah bersyukur abah masih bersama keluarga yang abah amat sayangi. Insyaallah abah akan tunaikan permintaan anak anak abah walaupun terlewat. Yang penting sekarang keluarga abah masih lagi gembira, kalau kita rasa kita susah masih ada orang yang lebih susah dari kita sekarang. Yang utama kewajiban kita di bulan Ramadhan telah kita tunaikan. 
Suasana memang terasa bila teringat ayah, ibu, nenek, datuk di kampung. Tidak pernah dulu kita sekeluarga tidak pulang ke kampung menyambut hari raya. Tetapi abah bersyukur kerana keluarga abah amat memahami situasi abah sekarang. Dapat menerima seadanya apa yang kita tempuhi. Ketahuilah abah amat menyanyangi keluarga abah...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HULU SELANGOR AMATEUR RADIO FAN CLUB