Jumaat, Julai 24, 2015

Terima Kasih Isteriku Sayang De Kasih Anis , Maaf Jika Ku Tak Sempurna

Terima Kasih Isteriku Sayang De Kasih Anis , Maaf Jika Ku Tak Sempurna




Terima kasih, kerana engkau telah menjadi isteriku
engkau adalah anugerah terindah yang Allah berikan kepadaku...
dengan kelebihan pemahaman agama yang kau miliki,
kau tak pernah jemu
mendampingi dan mengingatkan diriku selalu
agar tak terjerumus dalam kesalahan yang sama di masa lalu
kau didik anak-anakku
kau mengajar mengajar mereka bacaan Al-quran
kau mengajar mereka kesopanan dalam pergaulan
engkau selalu berpesan kepadaku agar selalu mencari nafkah yang halal lagi berkah,
karena itu yang kau mau.
selalu ku akui,
bahawa kau jauh lebih baik dari diri ini.
dengan kesabaran yang engkau miliki.
kau telah temani dan iringi aku untuk senantiasa memperbaiki diri.
kau pun selalu berbagi apa yang kau miliki,
kau melakukan amanah sebagai isteri tanpa bosan, tanpa jemu setiap hari.
selalu ku akui,
kau mengingatkanku agar tidak selalu bermalas diri
dalam beramal dan beribadah untuk mencari redha Ilahi
kau pun selalu mengingatkanku agar selalu solat berjama'ah
sungguh kau adalah anugerah terindah
Isteriku sayang..
Tetaplah disini bersamaku...untuk temani langkahku..
Jangan pernah lelah untuk mengingatkan aku ketika aku salah ya sayang..
Kaulah Isterilu, Sahabatku, Kaulah Segalanya

Selasa, Julai 21, 2015

Perwira Api

Telefon berdering di bilik kawalan,
Pen bergerak catatan dibuat,
Pengumuman dibuat ada keluaran,
Siren berbunyi anggota berlari,

Makanan ditinggalkan terus berlari
Menyarung pakaian operasi
Jentera bergerak menuju lokasi
Anggota tertanya apa yg bakal menanti

Tiba lokasi arahan diberi
Peralatan diambil mulakan operasi
Keselamatan diri tidak dilupai
Kerana tahu risiko yang menanti

Tujuan kami pada masa ini
Bantuan diberi sepenuh hati
Agar nyawa/harta benda dapat dilindungi
Melalui latihan yang diberi

Walaupun bergelar perwira api
Dengan PPE yang diberi
Risiko tetap menanti kami
Setiap kali hadiri operasi

Kini sering kita dengari
Kemalangan menimps Perwira api
Ada yang dirawat berhari hari
Ada yang pergi meninggalkan famili

Bukan dipinta jadi begini
Semua ini ketentuan Ilahi..
Operasi tetap akan kami hadiri
Demi amanah yang diberi.

Doakan keselamatan kami
Sekiranya tidak dapat sertai kami
PERWIRA API tetap berdiri
Walauapapun yang bakal hadiri.

Kepada rakan2 diluar sana, teruskan berbakti pada masyarakat sekeliling. Semoga sentiasa dilindungi.

#PERWIRAAPITETAPDIHATI #ILOVEMYJOB #FIREFIGHTER #9W2MDP

Isnin, Julai 20, 2015

Sambutan Raya 2015 di Sarawak. Kali ke 4 beraya disini.
Tahun terakhir sambut raya di bumi kenyalang setelah 4 tahun x balik kampung.
Banyak kenangan disini sambut raya.






Pada 10 Julai 2015, Telah diadakan majlis Perpisahan Pegawai ABPM Sarawak.
Majlis berbuka puasa turut diadakan, alhamdulillah semua berjalan dengan baik.
Semoga persahabatan kita berkekalan sehingga akhir hayat. Segala Kesilapan dan kesalahan harap dimaafkan.
Sepanjang 3 tahun 3 bulan berada di bumi kenyalang berbagai perkara telah aku
pelajari dan berbagai pengalaman telah di lalui.












HULU SELANGOR AMATEUR RADIO FAN CLUB