Selasa, Julai 21, 2015

Perwira Api

Telefon berdering di bilik kawalan,
Pen bergerak catatan dibuat,
Pengumuman dibuat ada keluaran,
Siren berbunyi anggota berlari,

Makanan ditinggalkan terus berlari
Menyarung pakaian operasi
Jentera bergerak menuju lokasi
Anggota tertanya apa yg bakal menanti

Tiba lokasi arahan diberi
Peralatan diambil mulakan operasi
Keselamatan diri tidak dilupai
Kerana tahu risiko yang menanti

Tujuan kami pada masa ini
Bantuan diberi sepenuh hati
Agar nyawa/harta benda dapat dilindungi
Melalui latihan yang diberi

Walaupun bergelar perwira api
Dengan PPE yang diberi
Risiko tetap menanti kami
Setiap kali hadiri operasi

Kini sering kita dengari
Kemalangan menimps Perwira api
Ada yang dirawat berhari hari
Ada yang pergi meninggalkan famili

Bukan dipinta jadi begini
Semua ini ketentuan Ilahi..
Operasi tetap akan kami hadiri
Demi amanah yang diberi.

Doakan keselamatan kami
Sekiranya tidak dapat sertai kami
PERWIRA API tetap berdiri
Walauapapun yang bakal hadiri.

Kepada rakan2 diluar sana, teruskan berbakti pada masyarakat sekeliling. Semoga sentiasa dilindungi.

#PERWIRAAPITETAPDIHATI #ILOVEMYJOB #FIREFIGHTER #9W2MDP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HULU SELANGOR AMATEUR RADIO FAN CLUB