Hari ini genap usiaku 41
tahun..Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana masih diberi peluang bernafas
dan mencapai umur ini..
♥ Syukur kerana diberi peluang untuk menuju ke
arah yang lebih baik, semoga aku berjaya dalam hidup , diberi kesihatan yang baik
& rezeki yang tidak putus2.. Moga kehidupanku bersama-sama isteri dan anak2
tercinta diberkati Allah & berkekalan bahagia di dunia menuju ke akhirat
kelak…
♥ Terima kasih atas ucapan dari keluarga,
kawan2 semua yang wish kat saya, yang mendoakan saya…Love u alls…
Alhamdulillah…syukur Ya Allah
untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki
yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.
Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Ya Allah..Ya
Rahman..syukur dengan pemberian Mu Ya Allah..aku hidup dikelilingi isteri yang
penyayang, anak-anak yang soleh..ibu dan ibu bapa mertua yang masih sihat, ahli
keluarga yang mengambil berat..Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau
berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
Engkau tetap menerima walau
terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap
kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku
walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku
tidak pernah menafikan hak Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai
dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.
Ampunkan aku Ya Allah pabila aku
merintih nasibku di hadapan Mu. Kalau bukan kepada Mu, kepada siapa lagi harus
ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku
hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada
masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan.
Namun dengan limpahan kasih sayang Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada
kesesatan.
Dalam usia begini...aku ingin
menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku
ingin lebih merindui Mu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin
sekali menyambut panggilan Kaabah Mu Ya Al Malik. Dalam usia ini yang ku
inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan
hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.
Ya Muhaimin...pimpinlah tangan
hamba Mu ini... pimpinlah hati hamba Mu ini... pimpinlah langkah hamba Mu ini
akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hamba
Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah
aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustaqim Mu
dengan tenang dan mudah tanpa cela.
Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau
tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku ini agar terus
berpegang teguh pada taliMu.
Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di
bumiMu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbul Alamin.