Ahad, Mac 05, 2017

Doa di hari lahirku

Hari ini genap usiaku 41 tahun..Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana masih diberi peluang bernafas dan mencapai umur ini..
  Syukur kerana diberi peluang untuk menuju ke arah yang lebih baik, semoga aku berjaya dalam hidup , diberi kesihatan yang baik & rezeki yang tidak putus2.. Moga kehidupanku bersama-sama isteri dan anak2 tercinta diberkati Allah & berkekalan bahagia di dunia menuju ke akhirat kelak…
  Terima kasih atas ucapan dari keluarga, kawan2 semua yang wish kat saya, yang mendoakan saya…Love u alls…
Alhamdulillah…syukur Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Ya Allah..Ya Rahman..syukur dengan pemberian Mu Ya Allah..aku hidup dikelilingi isteri yang penyayang, anak-anak yang soleh..ibu dan ibu bapa mertua yang masih sihat, ahli keluarga yang mengambil berat..Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernah menafikan hak Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.
Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapan Mu. Kalau bukan kepada Mu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayang Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.
Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merindui Mu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan Kaabah Mu Ya Al Malik. Dalam usia ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.
Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hamba Mu ini... pimpinlah hati hamba Mu ini... pimpinlah langkah hamba Mu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hamba Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustaqim Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.
Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.
Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin.

Tiada ulasan:

Catat Komen

HULU SELANGOR AMATEUR RADIO FAN CLUB