Selasa, Mac 28, 2023

Inguinal

Inguinal Hernia (Angin Pasang)
Inguinal hernia, atau lebih dikenali sebagai ‘angin pasang’ dalam Bahasa Melayu, adalah sejenis keadaan di mana usus atau selaputnya (omentum) terjatuh masuk ke dalam sebuah kantung (pouch), dan kantung tersebut terjulur keluar melalui pembukaan otot dinding perut di bahagian ari-ari (groin).

Keadaan ini disebabkan oleh pembukaan pada otot dinding perut (abdomen) yang dalam kebanyakan masa bukaan ini akan tertutup secara semula jadi sewaktu bayi dilahirkan ataupun dalam tahun pertama kehidupan.

Ia berbeza dengan kejadian ‘angin pasang’ di kalangan orang dewasa di mana faktor utamanya disebabkan oleh kelemahan otot dinding perut yang berkaitan dengan peningkatan umur dan masalah-masalah kesihatan lain.

Inguinal hernia BUKAN disebabkan oleh gaya pemakanan seseorang ibu mengandung. Ia tidak dapat dikesan sewaktu bayi berada dalam kandungan.

Demografi dan Epidemiologi

Secara keseluruhannya, kadar masalah inguinal hernia di kalangan kanak-kanak adalah 3%.

Kebanyakannya melibatkan kanak-kanak lelaki (6-10 kali ganda berbanding dengan perempuan).

Inguinal hernia adalah sejenis keadaan yang berisiko tinggi, terutamanya di kalangan bayi-bayi di bawah umur 1 tahun. Ini adalah kerana ia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi disebabkan oleh usus yang terperangkap di dalam kantung hernia (rujuk bahagian ‘Komplikasi’). Kadar ini dijangka dalam lingkungan 30%.

Tanda-tanda

Inguinal hernia boleh melibatkan sebelah ataupun dua-dua belah ari-ari. Ia akan kelihatan seperti bonjolon di bawah kulit di bahagian ari-ari, atau boleh turun masuk ke dalam sarung telur budak-budak lelaki 

Ia TIDAK disebabkan oleh aktiviti yang lasak atau anak meneran atau menangis, tetapi ia akan dilihat dengan lebih nyata dalam keadaan-keadaan tersebut.


Komplikasi

Sekiranya sebahagian daripada usus terperangkap di dalam kantung hernia (Incarceration), komplikasi utama yang boleh berlaku adalah usus tersumbat (intestinal obstruction). Dalam keadaan ini, najis dan gas tidak dapat keluar melalui jalan dubur seperti biasa, dan mengakibatkan pesakit mengalami kesakitan perut dan di ari-ari atau karung telur, perut kembung, muntah dan kesukaran membuang air besar (Gambar 2).


Gambar 2
Sekiranya pesakit tidak mendapat rawatan awal, usus yang terperangkap di dalam kantung hernia boleh terus tercedera sehinggakan bahagian tersebut mati (gangrene) akibat kesekatan saluran darah ke bahagian usus yang terperangkap.

Keadaan-keadaan yang diterangkan di atas memerlukan rawatan pembedahan secara cemas. Komplikasi lain yang boleh berlaku termasuk keadaan di mana tumbesaran telur bayi lelaki terbantut atau terjejas sama sekali disebabkan oleh inguinal herdnia (Testicular atrophy). Ini boleh berlaku terutamanya kepada bayi-bayi pramatang atau sekiranya hernia dikaitkan dengan kedudukan telur yang tidak betul (Undescended testis) bagi bayi-bayi lelaki.

Rawatan

Tiada rawatan lain untuk masalah inguinal hernia selain daripada pembedahan. Pembedahan ini dikenali sebagai Herniotomy.

Ia adalah sejenis prosedur yang memerlukan bius am (general anaesthesia) dan sebaik-baiknya dilakukan oleh pakar bedah kanak-kanak. Pesakit perlu dipuasakan untuk beberapa jam sebelum pembedahan ini.

Dalam keadaan yang tidak melibatkan komplikasi, pembedahan Herniotomy biasanya dibuat sebagai prosedur unit rawatan harian (Daycare Surgery). Ini bermaksud pesakit tidak perlu tinggal di dalam wad untuk semalaman.

Herniotomy melibatkan torehan kecil (biasanya 2-3cm) di bahagian ari-ari yang bermasalah.

Seterusnya, kantung dijumpai di bawah lapisan otot, dan ia dipisahkan daripada saluran sperma dan saluran darah; sejurus itu, kantung dipotong dan diikat supaya ia tidak dapat membenarkan pergerakan usus atau selaput ke dalamnya lagi. Potongan kemudiannya dijahit dengan benang khas di bawah kulit dan akan hilang dengan sendiri dengan peredaran masa. Prosedur ini biasanya memakan masa 15-30 minit.

Selepas pembedahan ini, pesakit boleh diberi minum dan makan apabila dia sedar dengan sepenuhnya. Dia dibenarkan pulang ke rumah pada hari yang sama. Ibu bapa akan diarah untuk mengeluarkan pembalut daripada luka 2 hari selepas pembedahan.

Sekiranya luka tidak begitu elok (iaitu merah atau bernanah), pesakit perlu dibawa balik berjumpa dengan doktornya. Biasanya, kanak-kanak yang lebih besar diberitahu untuk mengelakkan daripada aktiviti senaman yang lasak sekurang-kurangnya selama 1-2 bulan.

Rawatan Bayi Pramatang

Bayi yang dilahirkan pramatang atau tidak cukup bulan, mempunyai insiden yang tinggi untuk mendapat inguinal hernia (sehingga 30%). Seperti yang dinyatakan, bayi-bayi ini lebih berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi-komplikasi yang diterangkan. Oleh itu, pembedahan Herniotomy untuk kumpulan bayi ini biasa dilakukan sebelum bayi tersebut dibenarkan pulang dari Unit Rawatan Khas Bayi (Special Care Nursery, SCN) ketika berat bayi tersebut adalah diantara 1.6 – 1.8kg.

Semakan Akhir : 19 June 2014
Penulis : Miss (Dr.) Shona Alison Edmonds
Accreditor : Mr. Azlan b. Mahmud
Reviewer : Dr. Aina Mariana bt. Abdul Manaf

Isnin, Mac 20, 2023

Perjuang SKM - EMERGENCY MEDICAL TECHNICIAN

Alhamdulillah, setelah sekian lama. Suka duka dalam perjuangan mendapatkan SKM - EMERGENCY MEDICAL TECHNICIAN untuk Pasukan EMRS.


Terpaksa bermula sendirian, terpaksa berkorban harta dan masa. Bertatih sendiri dan bantuan sahabat² yang sentiasa memberi sokongan. Tn Izham dan lain-lain. 
Aku bermula dengan menguruskan sendiri dari segi mendapatkan maklumat, kos pengurusan pendaftaran dan lain-lain.
Awalnya ada yang menafikan adanya SKM - EMT ni.
Akhirnya kini mereka juga dah mula mengikut jejak.

Apabila mendapat info Persijilan SKM - EMT ni boleh dilaksanakan, Alhamdulillah tak tahu macam mana nak gambarkan kepuasan dalam diri.

Bermula 2020 aku mencari info. Pada 2021 aku terus mencuba atas sokongan dari mantan YAS KP Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid. Setiap kali berjumpa beliau soalan wajib, (Di, macam mana dengan EMRS, macam mana dengan SKM) Dah buat kertas kerja? Dah sampai mana buat?
Disebabkan selalu ditanya oleh beliau, aku meneruskan usaha yang mana aku hampir mengalah. Mengalah disebabkan oleh faktor kos pengurusan.

Akhirnya pada 2022, aku berjaya menghabiskan perjalanan ini. Berjaya mendapat SKM - EMT Level 1, 2 & 3. Berjaya mendapatkan Pentauliahan Pegawai Penilai SKM-EMT. InsyaAllah sedang usaha untuk dapat Pentauliahan sebagai Pegawai Verifikasi.
BUKAN niat nak bermegah tetapi untuk memberi semangat kepada yang lain untuk terus berusaha mendapat pengiktirafan kompeten dalam EMT.

Semua yang dilakukan untuk kebaikkan anggota EMRS dan Jabatan. Suatu pengiktirafan dalam bidang Emergency Medical Technician.
InsyaAllah, sedang buat sedikit kertas kerja bagi pelaksanaan awal SKM- EMT FR Level 1. Semoga berjalan dengan lancar.
Terima kasih Dato' Nor Hisham Mohammad sebab memberi peluang untuk merealisasikan perkara ini.
InsyaAllah kita cuba lakukan yang terbaik untuk peringkat pertama ini. Jika berjaya kita teruskan untuk EMT - Basic Level 2, EMT - intermediate Level 3 dan InsyaAllah sehingga kita Ada Pegawai Penilai dan Pegawai Verifikasi. 

Ahad, Mac 05, 2023

Selamat Hari Lahir Buat Diriku.

 


Sejak dari awal pagi tadi lagi wall fb saya pun penuh dgn ucapan dan doa. Terharu diatas semua ingatan dan doa dari semua. Mudah-mudahan segala doa yang dipohonkan akan diterima Allah kerana tidak ada hadiah yang paling berharga dan bermakna buat saya melainkan doa yang dimakbulkan Allah swt. 

 Syukur saya panjatkan ke hadrat ilahi diatas segala rezeki yang diberikan hari ni walaupun saya sedar saya ada kekurangan disebalik kelebihan itu tapi semuanya ada ketentuan Allah. ” Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah:216)

 Doa dan harapan saya semoga kehidupan saya hari ini dan hari-hari seterusnya disamping isteri tercinta, anak-anak, famili tersayang serta teman-teman yang saya kenali dialam maya mahupun alam realiti  akan sentiasa mendapat rahmat Allah swt. Terima kasih buat semua. 
Ya Allah.
Sempena Hari Lahirku Ini,
Aku mohon KepadaMu,
Agar diampunkan dosa-dosa ku, ibubapa ku, isteriku dan anak-anak ku.
Jadikan aku anak yang soleh, suami dan bapa yang terbaik disisi Mu 
dan menurut segala perintah Mu.
Aku bermohon Engkau Tunaikanlah hajatku dan makbulkan doaku.
Ya Allah,
Kuatkan imanku dan tabahkan hatiku dalam 
menghadapi segala ujian dan dugaan Mu,
Tunaikan hajatku, harapanku, Impianku.
Berilah kejayaan dalam setiap usahaku.
Ya Allah,
Murahkan rezekiku, Mudahkanlah segala urusanku.

Terima kasih buat Isteriku & anak². Patutlah Along dok VC lewat malam. Angah & adik x tidur. Selalu 1030 mlm semua dah masuk bilik. Tiba² malam ni semua dok tengok TV & VC.
Terima kasih belikan kek & sandle buat abah. Cukup terharu abah. Sanggup kumpul duit nak buat semua ni. Walaupun simple cukup besar makna buat abah. Terima kasih semua. De Kasih Anis Nabila Hamidi Nafisa Hamidi Nazifa Hamidi . Semoga Allah berikan kesihatan yang baik baik buat kalian semua. Dah menghampiri 5 siri dah x lama lagi. Semoga terus diberikan kekuatan, kesihatan dan di murahkan rezeki untuk aku terus menguruskan keluarga ku. Semoga harapanku tercapai sempena hari lahirku. InsyaAllah....














HULU SELANGOR AMATEUR RADIO FAN CLUB