Sejak dari awal pagi tadi lagi wall fb saya pun penuh dgn ucapan dan doa. Terharu diatas semua ingatan dan doa dari semua. Mudah-mudahan segala doa yang dipohonkan akan diterima Allah kerana tidak ada hadiah yang paling berharga dan bermakna buat saya melainkan doa yang dimakbulkan Allah swt.
Syukur saya panjatkan ke hadrat ilahi diatas segala rezeki yang diberikan hari ni walaupun saya sedar saya ada kekurangan disebalik kelebihan itu tapi semuanya ada ketentuan Allah. ” Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah:216)
Doa dan harapan saya semoga kehidupan saya hari ini dan hari-hari seterusnya disamping isteri tercinta, anak-anak, famili tersayang serta teman-teman yang saya kenali dialam maya mahupun alam realiti akan sentiasa mendapat rahmat Allah swt. Terima kasih buat semua.
Ya Allah.
Sempena Hari Lahirku Ini,
Aku mohon KepadaMu,
Agar diampunkan dosa-dosa ku, ibubapa ku, isteriku dan anak-anak ku.
Jadikan aku anak yang soleh, suami dan bapa yang terbaik disisi Mu
dan menurut segala perintah Mu.
Aku bermohon Engkau Tunaikanlah hajatku dan makbulkan doaku.
Ya Allah,
Kuatkan imanku dan tabahkan hatiku dalam
menghadapi segala ujian dan dugaan Mu,
Tunaikan hajatku, harapanku, Impianku.
Berilah kejayaan dalam setiap usahaku.
Ya Allah,
Murahkan rezekiku, Mudahkanlah segala urusanku.
Terima kasih buat Isteriku & anak². Patutlah Along dok VC lewat malam. Angah & adik x tidur. Selalu 1030 mlm semua dah masuk bilik. Tiba² malam ni semua dok tengok TV & VC.
Terima kasih belikan kek & sandle buat abah. Cukup terharu abah. Sanggup kumpul duit nak buat semua ni. Walaupun simple cukup besar makna buat abah. Terima kasih semua. De Kasih Anis Nabila Hamidi Nafisa Hamidi Nazifa Hamidi . Semoga Allah berikan kesihatan yang baik baik buat kalian semua. Dah menghampiri 5 siri dah x lama lagi. Semoga terus diberikan kekuatan, kesihatan dan di murahkan rezeki untuk aku terus menguruskan keluarga ku. Semoga harapanku tercapai sempena hari lahirku. InsyaAllah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan