Selasa, Februari 21, 2023

Talasemia

Nak tahu pasal talasemia. Bagi sikit masa baca artikel ini:
Penyakit thalasemia merupakan satu kondisi yang mempengaruhi pembentukan hemoglobin dalam darah. Keadaan kekurangan hemoglobin ini boleh menyebabkan pesakit talasemia menghidap anemia dan sukar untuk kekal sihat.
Ini akan mengakibatkan pesakit rasa penat, lemah dan sesak nafas.

Beta talasemia: Kerosakan pada gen yang mempengaruhi pembuatan protein beta globin.

Pesakit yang mewarisi gen talasemia daripada kedua-dua orang ibu bapa akan menghidap talasemia major.

Jika pesakit hanya mendapat gen penyakit ini daripada ibu ataupun bapa, talasemia yang dihidapi ialah talasemia minor.

Penyakit ini adalah penyakit keturunan, sukar untuk anda mengelak daripada menghidap talasemia jika ibu bapa anda juga menghidap penyakit yang sama.

Pesakit talasemia mungkin perlu amalkan kurang zat besi. Contoh, zat besi banyak terkandung dalam makanan seperti daging merah, ikan dan beberapa jenis sayur-sayuran seperti bayam.

Selain itu, elakkan juga makanan yang boleh mengganggu penyerapan zat besi seperti produk tenusu, teh (seperti teh hitam), kopi, dan produk berasaskan soya.

Mengikut standard penjagaan pesakit talasemia oleh Children’s Hospital & Research Center, Oakland:

Pesakit thalasemia yang tidak melakukan transfusi digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang rendah zat besi.
Pesakit yang melakukan transfusi pula tidak perlu mengamalkan diet rendah zat besi. Diet sebegini tidak perlu dan mungkin akan mengurangkan kualiti hidup pesakit.

Oleh itu, individu yang menghidap talasemia perlulah berbincang dengan doktor sama ada mereka perlu kurangkan jumlah zat besi dalam diet harian ataupun tidak. Semua ini bergantung kepada keadaan pesakit talasemia.

Talasemia merupakan sejenis penyakit yang boleh dikawal jika pesakit ataupun ahli keluarga arif dan berpengetahuan tentang penyakit yang dialami.

Walaupun penyakit thalasemia tidak boleh dirawat, anda boleh mengawal penyakit ini supaya anda boleh menjalani kehidupan yang berkualiti.

Pesakit talasemia perlulah mengikuti pelan rawatan yang telah ditetapkan. 

Lakukan transfusi darah mengikut kekerapan yang dicadangkan oleh doktor.

Selain itu, jangan lupa makan ubat penyingkiran zat besi (iron chelation medicine) ataupun suplemen asid folik yang diarahkan oleh doktor. 

Jika anda menghadapi apa-apa masalah kesihatan, jangan bertangguh untuk berhubung dengan doktor.

Semua orang memerlukan hubungan yang sihat tidak kiralah bersama pasangan, ahli keluarga ataupun rakan sekerja.

Penghidap penyakit thalasemia dapat menghadapi kondisi mereka dengan lebih mudah jika dibantu oleh rakan-rakan dan ahli keluarga.

Mereka juga lebih mudah untuk mengatasi tekanan perasaan jika dikelilingi oleh ahli keluarga yang sentiasa menyokong mereka.

Selain itu, pesakit talasemia juga tidak perlu takut untuk menjalankan hubungan romantik.

Kalau anda mempunyai talasemia, pastikan anda berbincang terlebih dahulu bersama pasangan sebelum anda ingin melangkah ke fasa yang seterusnya.

Anda dan pasangan mungkin perlu berjumpa dengan doktor ataupun kaunselor supaya anda faham dan jelas akan risiko yang mungkin akan dihadapi jika anda merancang untuk mempunyai anak.

#talasemia
#pedulitalasemia
#talasemiabukanbebanan
#hadapidengansenyuman
Rujukan: hello doktor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HULU SELANGOR AMATEUR RADIO FAN CLUB