Ahad, Februari 05, 2023

Lawatan Dato Nor Hisham Mohamad ke Balai Bomba Dan Penyelamat Yan

Cerita hari ini... 
5 Feb 2023
Pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YS Dato Nor Hisham Mohammad telah meluangkan masa melawat Balai Bomba dan Penyelamat Yan. Ketua Balai dan anggota bertugas menyambut kedatangan beliau. 
Dato' Nor Hisham Mohamad sempat melihat kawasan dan beramah mesra serta memberi kata kata semangat pada anggota balai agar terus memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk masyarakat.
Selesai lawatan di balai, YS Dato' Nor Hisham Mohamad menziarahi PBB MOHD NIZAM BIN HAMID yang cedera diserang beruang pada 2 Feb 2023 di rumah beliau di Kampung Batu 11 Pulau Nyior, Kota Sarang Semut. Dato' memberi kata semangat dan menjelaskan kepada keluarga tentang pengurusan kebajikan yang sedang diuruskan. Semoga ini menjadi pengalaman buat Mohd Nizam. 
Terima kasih kepada Timbalan Pengarah Tn Syufaat Kamaron, Tn Wan Hamizi, Tn Syobirin KZ 2 serta Pegawai Kanan yang turut hadir.
Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada petugas Hospital Yan & Hospital Sultan Abdul Halim (FB Rasmi HSAH) yang menguruskan perawatan anggota sehingga hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HULU SELANGOR AMATEUR RADIO FAN CLUB