Selasa, Februari 07, 2023

Menyantuni Anak-anak Istimewa

Alhamdulillah.
Hari ini diberikan peluang menyantuni anak-anak istimewa.
Seramai 39 anak-anak istimewa dari umur 7-14 tahun bersama 12 orang guru datang ke balai.
Ada yang aktif, ada yang senyap, ada yang malu, ada yang rajin bercakap dan ada yang pendiam.
Tidak kurang yang terlalu aktif pun ada.
15 tahun lalu pernah menguruskan anak-anak istimewa ini di Akademi Bomba Kuala Kubu Bharu.
Mimiko Rene bersama rakannya membawa anak-anak istimewa ni.
Ada juga sikit pengalaman untuk bersama mereka hari ini. 
Senyuman diwajah mereka cukup menyentuh perasaan. Semoga Allah lindungi anak-anak istimewa ini. Ini yang kami mampu kongsikan kegembiraan.
Walaupun mereka dengan keadaan begini ada juga yang agak bijak.
Dengan telatah mereka hilang sekejap kerungsian dihati. Terima kasih kerana sudi memberi peluang untuk kami berkongsi walaupun sekejap dengan anak-anak istimewa ini.
#thinkbigtrustyourselfmakeithappen
#anakistimewa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HULU SELANGOR AMATEUR RADIO FAN CLUB