Sabtu, Februari 04, 2023

Kisah Kami Anggota Penyelamat


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tengahari ni sebelum nak solat tergerak hati saya nak kongsi sikit pasal bomba ni.
Kami anggota bomba ni di latih untuk tugasan Penyelamatan dan Pemadaman.
Bila pemadaman semua orang dah tahu sebab dari dulu budak budak menyanyi, rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlumba lumba. 😊😊
Kini bomba telah melakukan kerja Penyelamatan. Bila sebut Penyelamatan macam-macam akan ada.
Kemahiran kami ada had dan batasan. Dilatih mengikut kesesuaian semasa. Yang mana keutamaan untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda.
Ada tugasan menyelamat itu kami lakukan kerana atas dasar ehsan dan kerisauan keselamatan masyarakat atau haiwan. Ini kerana ada ketika tugasan itu bukan bidang kemahiran kami. Tetapi kerana ada masalah tertentu masyarakat mohon bantuan bomba. Jadi kerana risau berlaku sesuatu yang tidak diingini maka anggota bomba bertindak setakat yang termampu walaupun kadangkala ia agak berisiko. Tindakan yang dibuat berdasarkan penilaian dan khidmat nasihat dari pihak yang berkaitan.
Cuma kadangkala risiko diluar jangka kita tidak dapat halang. Kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan telah tentukan segalanya.
Banyak khidmat khas yang dilakukan oleh anggita bomba itu diluar skop tugas tetapi demi keselamatan masyarakat anggota bomba cuba lakukan yang terbaik.
Bukan niat untuk buat semua kerja. Tetapi bila dihubungi bantuan diperlukan anggota akan bertindak ikut kesesuaian dan menunggu vantuan dari pihak yang sepatutnya. Jadi anggota perlu lakukan sesuatu sementara bantuan tiba. Jika duduk diam akan ada bunyi sumbang,
BOMBA DATANG TENGOK SAJA KE.
Situasi dilokasi tidak sama dengan hanya duduk depan komputer, tengok smart phone dalam bilik aircond, di meja makan. Sama-sama kita jadi masyarakat yang bijak dalam memberi komen memberi pendapat bukan hanya nak kejar viewers, nak kejar like, nak jadi viral. 
Kami tidak mengharapkan PUJIAN bergunung. Cukuplah mendoakan agar keselamatan anggota bomba diberi perlindungan dari oerkara tidak diingini semasa tugasan.
Kerjasama dari masyarakat dan semua pihak amat kami harapkan.
#berkhidmatuntukmasyarakat
#kamibukanhero
#menjalankanamanah
#thinkbigtrustyourselfmakeithappen
#keluargayan
#bombayan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HULU SELANGOR AMATEUR RADIO FAN CLUB