Isnin, September 02, 2024

CORETAN KEHIDUPAN, SKM, HRD

 


Assalamualaikum. Aku harap apa yang aku coretkan ini jika dibaca oleh sesiapa pun harap bacalah dengan hati yang terbuka. (positif @ negatif thinker)

Lapangkan dada dan fikiran. Jika salah jelaskan dengan fakta, jika ada kebaikkan firkanlah. Sekadar coretan buat diri dan sahabat yang memahami.

Sewaktu aku mula buat perkara ini ramai yang bertanya untuk apa. Ada yang tidak memberi ruang, ada yang memberi galakan. Berbagai dugaan terpaksa ditempuhi. Sehingga ada yang aku perolehi ni hasil dari pertolongan/ bantuan sahabat2 kerana melibat kos yang agak banyak. Terima kasih kepada sahabat yang sentiasa bersama. 

Ada yang aku perolehi dari Jabatan. Terima kasih kerana memberi peluang.

Aku tidak berpuashati. Aku terus mencari apa yang boleh untuk mendapatkan ilmu dan pengiktirafan.

Aku mula mencari dan bertanya kepada mereka yang memahami. Aku bergerak sendirian sedikit demi sedikit.

Akhir aku mula bergerak mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia dalam Bidang Emergency Medical Technician.

Teraba2 juga awalnya kerana tiada panduan yang aku boleh gunakan. Aku buat juga mana termampu berdasarkan beberapa info dan panduan dalam sistem.

Alhamdulillah akhir setelah hampir 1 @ 2 tahun aku berjaya.

Kini mampu tersenyum dengan SKM EMT Tahap 3 dan menjadi Pegawai Penilai dan Pegawai Pengesah Luaran. PP & PPL-PPT.

Aku teruskan mencari lagi....

Aku dapatkan Certified trainer HRD corp. Terima kasih sahabat yang memberi bantuan untuk pengurusan. (harap aku terbantut).

Selesai aku teruskan dapatkan Accredited Trainer - HRD Corp.

Tapi ada yang mempersoal kenap buat semua ni, apa kelebihan.

Apa pengiktirafan ni boleh buat.

Aku terima je, yang penting aku berjaya mencapai apa yang diminta dan hala tuju aku pada masa itu.

Alhamdulillah ada juga insan yang menerima pandangan aku masa itu. Terima kasih.

Kini aku dengar ramai lak yang mula buat, Yang nak ambil apa yang dikatakan untuk apa..

Kini ramai cuba minta bantuan untuk dapatkan semua ini. Ramai insan dari LUAR hubungi minta nasihat. 

Betul kata orang dulu, JANGAN sedih. Sampai masa setiap pengorbanan kita ada yang menghargainya. Mungkin bukan yang depan mata kita tapi yang jauh dari kita.

SELIT JAP, JANGAN SERIUS SANGAT...

*** ADA YANG NAK BUAT SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA SECARA PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU ATAU CERTIFIED/ ACCREDITED TRAINER HRD SECARA EXAMPTION HUBUNGI SAYA. 

HARGA KAWAN2 . 

Terima kasih kepada insan2 yang banyak memberi semangat dan galakan, yang menerima diri ini seadanya yang tidak memiliki Segulung Ijazah sekadar sedikit ilmu dan pengalaman yang dipinjamkan.

Selagi diperlukan aku akan berada ditempat yang memerlukan. Aku akan berada ditempat yang menghargai semua ini.

Jika coretan ini ada kebaikan jadikan panduan, jika tiada kebaikan maka abaikan. Kerana setiap orang ada penerimaan tersendiri. 

#hamidinoorkasih

#trustyourselfmakeithappen

*ADAKAH KITA PEMBACA YANG POSITIF ATAU NEGATIF. ANDA TENTUKAN.



Ahad, Ogos 11, 2024

Perjalanan Mencapai Kejayaan

Alhamdulillah.
Selama ini aku diberi peluang bersama beberapa insan hebat dalam Bidang Perubatan Kecemasan.
Beberapa orang Doktor, MA, Matran, Sister, Nurse.
Pada mula aku berkecimpung dalam bidang Emergency Medical Technician & Trauma, aku mula mengenali insan-insan hebat ini yang bersungguh untuk melahirkan anggota bomba dalam bidang Perawatan Kecemasan ini.
Antara yang aku ingat, Dato Seri Abu Hassan Asaari Abdullah  Dr Fatahul Laham Mohamed  Kamarulhafiz, Dr Hafiz, Dr Mahazar, Prof  Dr Nik Ahmad, Prof Dr Roshidah, Dr Sarah, Dr Shah Jehan, Pujie Balung, Nik Riduan, Radin Adriana Radin Tahir, Tuan Mansur, Dr Yusof IPBAH, Syaari Jusoh, Staf Kamal, Cik Hasnol, Rodhilah, Amal dan ramai lagi.
Mereka yang banyak berkongsi ilmu dalam bidang Perawatan Kecemasan dan Perubatan Selam, memberi panduan dan bimbingan.

Sejak itu aku mula mencari apa-apa ilmu dan kemahiran yang berkaitan. Mengikuti kursus dan latihan serta pertandingan.

Dr Fatahul Laham, Prof Dr Nik & Prof Dr Roshidah banyak menjadi rujukan aku dalam menguruskan pasukan EMRS bomba. Mencari halatuju yang sesuai untuk terus kehadapan.

Sokongan dari Tn Ahmad Shahabuddin , Dato Hj Zurkarnain pada masa itu cukup bermakna. Berbagai latihan atau kursus yang berkaitan dapat dilakukan dan disertai.
Dapat berkursus:
Emergency Medical Technicians & Trauma.
Instructor Advanced Life Support. 
Emergency Medical Services Advanced. 
Pembantu Perubatan Selam (Diving Medical Assistant).

Kemudian Dato Seri Hamdan KP pada masa itu Pengarah Latihan terus memberi sokongan dalam menaikkan EMRS. Beberapa task diberikan untuk dilakukan.
Antara yang tidak dapat aku lupakan adalah Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang Emergency Medical Technician.
Dato Seri minta aku teroka cari dan pastikan berjaya diperolehi. Alhamdulillah hasrat beliau dapat aku tunaikan sebelum beliau bersara. 

Tidak lupa juga kepada Dato Nor Hisham Mohammad  yang banyak memberi dorongan dan semangat kepada aku.
Terima kasih kerana merealisasikan salah satu impian untuk EMRS. Kini hampir 400 anggota yang telah berjaya mendapat Pengiktirafan SKM EMT Level 1 & 2.

Terima kasih kepada semua insan-insan hebat ini. Tanpa mereka saya tidak mungkin berada di tahap saya ada sekarang.
Alhamdulillah, dengan ilmu yang ada ini dapat aku berkongsi dengan yang memerlukan dan manaikkan nama jabatan setakat yang aku mampu.
Diberi peluang menjadi Pengadil dalam beberapa acara peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Menjadi pengajar dan penceramah untuk beberapa agensi luar.
Bukan niat bangga diri (sombong) tapi semoga menjadi ikutan rakan-rakan seperjuangan.

Kini aku memiliki SKM dalam bidang Emergency Medical Technician Level 3 dan menjadi Pegawai Penilai Verifikasi.
Menjadi pengajar dan rujukan beberapa agensi berkaitan perawatan kecemasan dan SKM dalam bidang Emergency Medical Technician.
Accredited Trainer HRD.
EMS Instructor - Australasian Registry Emergency Medical Technicians.

Setiap perjalanan kadangkala kita perlu mangambil sedikit risiko untuk kita terus maju. Semoga Allah permudahkan apa yang dirancang.
Kini aku terus mencabar diri,
Talk dalam negara dah beberapa kali dapat dilaksanakan.
Kini diberi peluang untuk berkongsi pengalaman dengan Instructor dari luar negara dalam bidang Emergency Medical Technician.

Kepada sahabat2 teruslah kejar ilmu dan cuba yang terbaik bagi memastikan berada ditahap sepatutnya.
Jangan takut mencuba. Jangan takut dalam bersuara. Pegang amanah yang diberikan buktikan kita mampu.
Bukan hanya terima jawatan tapi hanya sekadar duduk dan dengar.
Jadilah insan yang dapat bersuara, bercakap bila diperlukan. Bukan sekadar menjadi pendengar. Ini kata2 seseorang kepada saya.

I am proud to be part of a department that has given me a lot of knowledge and experience to continue to succeed.


Isnin, April 15, 2024

Tabung Talasemia

Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan, BANTUAN DANA PENGURUSAN PERUBATAN (TABUNG TALASEMIA) Asalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon sekiranya pihak Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan dapat membantu meringankan Kos Pengurusan Perubatan dua (2) orang anak saya yang di sahkan sebagai PENGIDAP TALASEMIA sejak 2006, pada November 2022 beberapa organ dalaman telah mengalami masalah dan memerlukan pemindahan (tranfusi) darah dan pengurangan zat besi. Sedikit maklumat berkenaan anak- anak saya seperti di bawah dan lampiran. I. NOORNABILA NAJWA - 24 Tahun. - Masalah Limpa bengkak.9 cm. 2 beg darah setiap bulan. II. NOORNAFISA NAJLA – 18 Tahun. - Masalah Limpa 13cm, hati bengkak dan ashma. Telah menjalani pembedahan buang hempedu. 2 beg darah setiap bulan. Untuk makluman, sebelum ini pemindahan darah 6 minggu sekali. Kini dikerapkan kepada 4 minggu sekali, pemindahan darah dilakukan untuk mengurangkan bengkak limpa dan menaikkan tahap kesihatan mereka. Mereka perlu menjalani proses ini setiap bulan. Buat masa ini bengkak limpa masih 11cm – 13cm, kadar hemoglobin berada pada 6.6-7.1 g/dL (rendah) bagi orang normal 11.5 - 16.5g/dL dan kadar zat besi melebihi 40% dari tahap normal. Rawatan pemindahan darah dilakukan untuk mengurangkan gejalagejala anemia dan melengahkan proses kegagalan fungsi organ sahaja. Rawatan ini juga hanya memastikan kualiti kehidupan yang lebih baik dan melanjutkan jangka hayat pesakit talasemia. Namun, pemindahan darah yang kerap boleh menyebabkan pengumpulan zat besi yang berlebihan dalam organ penting seperti jantung, hati dan kelenjar endokrin akan terjejas dan ini mendatangkan kesan buruk kepada pesakit. Rawatan penyingkiran zat besi secara oral (ubat makan-deferiprone L1/Ferriprox 500mg, 7 biji sehari kemungkinan 9 biji sehari bulan seterusnya ) diberikan buat masa ini bergantung kepada situasi semasa. Saya dengan rasa rendah diri mohon jasa baik Dato'/ Datin/ Tuan/Puan sekiranya dapat membantu bagi meringankan bebanan pengurusan pengurusan perubatan ini yang mencecah RM400-600 sebulan bergantung kekerapan ke hospital dan tahap kesihatan anakanak. Saya juga berusaha mengumpul dana seperti yang disarankan bagi pengurusan diluar jangkaan. Saya memerlukan Sekurangnya RM 35,000 untuk sebarang kemungkinan kerana insuran tidak melindungi dan lain-lainnya. Kini dua beradik tidak dapat guna GL Sekiranya dapat membantu saya sertakan akaun 512754559696 Maybank, 2232432842 Bank Rakyat, NOORHAMIDI BIN ALI  

HULU SELANGOR AMATEUR RADIO FAN CLUB