Ahad, Ogos 11, 2024

Perjalanan Mencapai Kejayaan

Alhamdulillah.
Selama ini aku diberi peluang bersama beberapa insan hebat dalam Bidang Perubatan Kecemasan.
Beberapa orang Doktor, MA, Matran, Sister, Nurse.
Pada mula aku berkecimpung dalam bidang Emergency Medical Technician & Trauma, aku mula mengenali insan-insan hebat ini yang bersungguh untuk melahirkan anggota bomba dalam bidang Perawatan Kecemasan ini.
Antara yang aku ingat, Dato Seri Abu Hassan Asaari Abdullah  Dr Fatahul Laham Mohamed  Kamarulhafiz, Dr Hafiz, Dr Mahazar, Prof  Dr Nik Ahmad, Prof Dr Roshidah, Dr Sarah, Dr Shah Jehan, Pujie Balung, Nik Riduan, Radin Adriana Radin Tahir, Tuan Mansur, Dr Yusof IPBAH, Syaari Jusoh, Staf Kamal, Cik Hasnol, Rodhilah, Amal dan ramai lagi.
Mereka yang banyak berkongsi ilmu dalam bidang Perawatan Kecemasan dan Perubatan Selam, memberi panduan dan bimbingan.

Sejak itu aku mula mencari apa-apa ilmu dan kemahiran yang berkaitan. Mengikuti kursus dan latihan serta pertandingan.

Dr Fatahul Laham, Prof Dr Nik & Prof Dr Roshidah banyak menjadi rujukan aku dalam menguruskan pasukan EMRS bomba. Mencari halatuju yang sesuai untuk terus kehadapan.

Sokongan dari Tn Ahmad Shahabuddin , Dato Hj Zurkarnain pada masa itu cukup bermakna. Berbagai latihan atau kursus yang berkaitan dapat dilakukan dan disertai.
Dapat berkursus:
Emergency Medical Technicians & Trauma.
Instructor Advanced Life Support. 
Emergency Medical Services Advanced. 
Pembantu Perubatan Selam (Diving Medical Assistant).

Kemudian Dato Seri Hamdan KP pada masa itu Pengarah Latihan terus memberi sokongan dalam menaikkan EMRS. Beberapa task diberikan untuk dilakukan.
Antara yang tidak dapat aku lupakan adalah Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang Emergency Medical Technician.
Dato Seri minta aku teroka cari dan pastikan berjaya diperolehi. Alhamdulillah hasrat beliau dapat aku tunaikan sebelum beliau bersara. 

Tidak lupa juga kepada Dato Nor Hisham Mohammad  yang banyak memberi dorongan dan semangat kepada aku.
Terima kasih kerana merealisasikan salah satu impian untuk EMRS. Kini hampir 400 anggota yang telah berjaya mendapat Pengiktirafan SKM EMT Level 1 & 2.

Terima kasih kepada semua insan-insan hebat ini. Tanpa mereka saya tidak mungkin berada di tahap saya ada sekarang.
Alhamdulillah, dengan ilmu yang ada ini dapat aku berkongsi dengan yang memerlukan dan manaikkan nama jabatan setakat yang aku mampu.
Diberi peluang menjadi Pengadil dalam beberapa acara peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Menjadi pengajar dan penceramah untuk beberapa agensi luar.
Bukan niat bangga diri (sombong) tapi semoga menjadi ikutan rakan-rakan seperjuangan.

Kini aku memiliki SKM dalam bidang Emergency Medical Technician Level 3 dan menjadi Pegawai Penilai Verifikasi.
Menjadi pengajar dan rujukan beberapa agensi berkaitan perawatan kecemasan dan SKM dalam bidang Emergency Medical Technician.
Accredited Trainer HRD.
EMS Instructor - Australasian Registry Emergency Medical Technicians.

Setiap perjalanan kadangkala kita perlu mangambil sedikit risiko untuk kita terus maju. Semoga Allah permudahkan apa yang dirancang.
Kini aku terus mencabar diri,
Talk dalam negara dah beberapa kali dapat dilaksanakan.
Kini diberi peluang untuk berkongsi pengalaman dengan Instructor dari luar negara dalam bidang Emergency Medical Technician.

Kepada sahabat2 teruslah kejar ilmu dan cuba yang terbaik bagi memastikan berada ditahap sepatutnya.
Jangan takut mencuba. Jangan takut dalam bersuara. Pegang amanah yang diberikan buktikan kita mampu.
Bukan hanya terima jawatan tapi hanya sekadar duduk dan dengar.
Jadilah insan yang dapat bersuara, bercakap bila diperlukan. Bukan sekadar menjadi pendengar. Ini kata2 seseorang kepada saya.

I am proud to be part of a department that has given me a lot of knowledge and experience to continue to succeed.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HULU SELANGOR AMATEUR RADIO FAN CLUB