Sabtu, Mac 31, 2012

MAKAN MALAM

TERIMA KASIH ADIK2 KERANA
BELANJA MAKAN.

eyeball KKB

EYEBALL DENGAN RAKAN2 HUSAR.
9M2RMT, 9W2BSH, 9W2MEB, 9W2LIB
9W2BVC, 9W2BGG, 9W2TKI, 9W2ZWF, 9W2NZH, FAZIL




Ahad, Mac 25, 2012

PEMANTAPAN PASUKAN EMRS JOHOR

BERJALAN SELAMA 3 HARI 21-23 MAC 2012
Pada hari pertama teori bagi mengenalpasti penyakit selam, ini kerana anggota EMRS akan 'standby' pasukan PPDA. Penyakit yang mungkin akan terjadi semasa selam.
Kelas praktikal First Responder, Pemakaian anduh, balutan dan ektrikasi. Latihan praktikal dilakukan bagi memastikan kemahiran anggota berada dalam tahap yang memuaskan. dengan latihan ini juga anggota dapat memantapkan lagi kemahiran. Perkongsian masalah dan penerangan tentang halatuju pasukan. Mendedahkan anggota dengan peralatan ambulan. emoga latihan ini dapat memberi suatu pengalaman dan pengetahuan kepada anggota dalam menjalankan tugasan. Syabas kepada yang hadir, GUNAKAN ILMU YANG ADA PADA KITA DALAM MEMBANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN.






BIRTHDAY ANGAH, NOORNAFISA NAJLA

SEMOGA ANGAH MENJADI ANAK YANG SOLEHAH.
MURAH REZEKI DAN DIBERIKAN KESIHATAN
YANG BAIK. ABAH DAN IBU SAYANG PADA KALIAN.







Ahad, Mac 18, 2012

AKU, KAU, DIA, KAMI DAN THALASSAEMIA

AKU, KAU, DIA, KAMI DAN THALASSAEMIA

Dari kejauhan aku, kau, dia, kami

Datang ke bumi sumpahan Mahsuri

Mencari sedikit penawar dalam pertemuan ini

Aku, kau, dia, kami

Ingin bercerita, berkongsi rasa

Apakah itu Thalassaemia?

Wahai teman, wahai sahabat

Pernahkah mendengar? Pernahkah merasa? Pernahkah bertanya?

PERNAHKAH?

Wahai teman, wahai sahabat, Ia bukan Manisan bukan Hiasan

Datangnya tanpa diundang dan tanpa diragu-ragu

Asal keturunan darah yang mengalir

Sudah ketentuan yang sukar ditolak

Darah pekat mengalir

Desferal dan L1 adalah harapan

Aku, kau, dia, kami basi menyambung Hayat dan Impian

Jangan kami disisihkan kerana kami juga seperti Insan yang lain

Walau apa yang berlaku,

kehidupan kami harus diteruskan

Kerana kami pasti, Tuhan sentiasa bersama kami

Bukan kami pinta Untuk dilahirkan begini

Tetapi kami pasrah

Dengan apa yang ditentukan Ilahi

Keluarkan aku

Keluarkan kau...

Keluarkan dia....

Keluarkan kami....

KELUARKAN

Dari kepompong kepiluan

Kami ingin terbang bebas

Di awan biru

Laksana Helang putih

Ayuh...Bangun

Berusahalah.....dengan semangat

Diiringi doa

Pasti.....

Tercapai segala harapan...

Khamis, Mac 08, 2012

SELAMAT HARI WANITA



Hari wanita bermula dari sebuah kisah wanita biasa yang mencipta sejarah, sejarah perjuangan wanita yang berabad abad lamanya untuk persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yang dikongsi dengan kaum lelaki. Kini sambutan hari wanita adalah simbolik kejayaan wanita seluruh dunia. Di hari ini semua wanita seluruh benua tanpa mengira latarbelakang agama, geografi, kaum, budaya dan politik berkumpul, bermuafakat, bersatu dan bersama-sama menyambutnya dengan perasaan muhibbah dan ceria.

Peristiwa itu berlaku 143 tahun yang lalu, 8 mac 1857. Pada tarikh ini satu mogok besar-besaran telah di adakan oleh beratus wanita yang menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York. Mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengekploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gaji yang amat rendah, masa kerja yang panjang serta keadaan suasana tempat kerja yang tidak berperi kemanusiaan. Lima puluh tahun kemudian di bulan Ogos 1910, Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa telah memilih tarih ini sebagai hari sambutan wanita sedunia. Pada tahun 1975 , Bangsa bangsa bersatu mula merayakan 8 mac sebagai sebagai hari wanita sedunia.

Rabu, Mac 07, 2012

Jumaat, November 18, 2011

KURSUS GURU KADET BOMBA, PERAK

Kursus Guru Kadet Bomba Negeri Perak, bertempat
di Gua Kandu Gopeng, Perak.
Berbagai aktiviti dijalankan teori dan praktikal
untuk guru guru Kadet Bomba yang menguruskan
Pasukan Kadet Bomba Sekolah. Seramai 21 peserta/ guru
yang menyertai kursus ini.

Flying Fox

Debrief

Pembelajaran cara memasak Ransom.

Guru diajar cara pemasangan Khemah.

Gua Kandu, Gopeng.

Kawad Hose

Pembelajaran Kawad Kaki

Sebagai Kenangan

Segak bergaya tamat kursus.

Penganugerahan Tanda Pangkat Guru Kadet
oleh Y.S Pengarah dan En Azlan Dari PPN Perak.


Ahad, November 13, 2011

Battle of Paramedics


Battle of Paramedics anjuran SJAM Penang. Banyak yang dipelajari
dan juga yang dibenci. Cara pemberian markah dan pemilihan pemenang.
Tidak pasti apa yang dicari, adakah pasukan yang melakukan yang
terbaik,betul? atau mereka yang membantu mereka?
Apa pun tahniah pada pasukan ABPM KKB dan Putrajya yang memberi
saingan hebat pada 11 pasukan lain.





Sabtu, Oktober 15, 2011

HULU SELANGOR AMATEUR RADIO FAN CLUB