Ahad, Mac 27, 2022

Adat Resam kehidupan.

Alhamdulillah, setelah 20 tahun jadi Abam Bomba ni, berbagai dugaan dilalui.

Daripada ZERO pasal medik, kini dapat berkongsi ilmu yqng ada dengan insan lain.
Diberi peluang menguruskan Pasukan EMRS dari awal penubuhan sehingga kini.
Alhamdulillah dah ada ADVISOR yang dilantik secara rasmi bagi pengurusan EMRS di negeri negeri.

Dapat ilmu pasal ICT
Dapat ilmu komunikasi
Dan Macam2 lagi🤣🤣🤣

Cuma untuk EMRS harap ada penambahbaikkan pengetahuan dan latihan untuk EMRS  yang kini telah berusia 17 tahun...

Dan demi kepuasan diri, aku mencabar diri untuk mendapatkan MALAYSIAN CERTIFICATE OF EXCELLENT, EMERGENCY MEDICAL TECHNICIAN (LEVEL 1,2,3). Pada tahun 2022 aku berjaya memperolehi SKM EMT level 1,2 dan 3. 
Dalam tempoh 20 tahun ini. Ada suka dan duka. 

Bak kata orang, umpama roda. Ada masa kita diatas, ada masa kita dibawah. 

Adakalanya kita berasa seperti kita dipergunakan bila diperlukan sahaja. Bila ada yg mendatangkan keuntungan atau imbuhan kita terus hilang dari pandangan.

Tapi kerana minat dan sayang perkara yqng telah dibuat kita redha. Walaupun kadang2 ada terdetik dihati.

Ingat kata-kata cikgu/jurulatih lama. Buat dan berikan yang terbaik walaupun kadang2 ia seperti tidak wujud. Mungkin imbuhan kita hanya dariNya. 

Setiap yang berlaku ada sebab musababnya. 

Terima kasih kepada yang sudi berkongsi masalah. Yang memahami diri ini. Memang telah diajar akan bersuara jika ada yang kurang memuaskan. Suka melawan berdasarkan fakta yang sedia ada.

Semoga apa yang telah dibuat diteruskan sebaik mungkin. Berilah peningkatan jangan dikurangkan.

Apa pun alhamdulillah masih diberi kekuatan.
Mungkin tandanya sudah sampai masa....
Muka habis rekrut😉, kurusnya dulu. 

Rabu, Mac 16, 2022

Next step to get SKM EMT

Next step.... Semakin menghampiri... 😊😊
Ada yang tanya kenapa ambil SKM EMERGENCY MEDICAL TECHNICIAN Level 1, 2 & 3 ni...
Untuk kepuasan diri dengan pengiktirafan agar dapat digunakan ilmu  dengan lebih jauh...
Sijil yang diiktiraf di peringkat kebangsaan.

Persijilan Kemahiran Malaysia menawarkan lima (5) tahap persijilan:
Sijil Kemahiran Malaysia 1 (SKM Tahap 1)
Sijil Kemahiran Malaysia 2 (SKM Tahap 2)
Sijil Kemahiran Malaysia 3 (SKM Tahap 3)
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5

Faedah Persijilan Kemahiran Malaysia
Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia
Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.

Ahad, Mac 13, 2022

Melangkah ke satu tahap lagi dalam EMT

Hampir setahun menunggu maklumbalas yang masih tiada jawapan. Terpaksa berkorban sendiri demi melangkah ke satu aras baru. Kini
Alhamdulillah selesai pengesahan Pegawai Penilai Dan Pengesahan YS Pengarah. Dari jam 0830 pagi hingga 1230 tengahari baru siap. Terima kasih puan atas sokongan dan PP yqng banyak membantu. 2 minggu lagi kedatangan Pegawai Pengesah Luaran untuk peringkat akhir pengesahan untuk diserah kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran. Emergency Medical Technician (EMT) Level 1,2 dan 3.
Semoga tercapai hasrat demi kepuasan diri.

HULU SELANGOR AMATEUR RADIO FAN CLUB