Jumaat, November 24, 2023

TALASEMIA, JOM AMBIL PEDULI

 Rawatan tranfusi darah umpama talian hayat kepada pesakit untuk sihat, ini yang dilalui oleh 2 anak saya.

klik video

Gejala seperti pucat di muka dan keletihan adalah antara yang dihadapi oleh mereka.
Komplikasi daripada rawatan memasukkan adalah kandungan zat besi berlebihan.
"Zat besi ini boleh 'menyerang' dan merosakkan organ penting seperti jantung, buah pinggang, hati dan pankreas.
"Setiap hari anak saya perlu mengambil 6 biji ubat bagi memastikan semua penyakit ini terkawal,".
Mereka pernah bertanya mengapa mereka diuji dengan penyakit ini dan kehidupan tidak normal seperti orang lain kerana perlu menjalani rawatan memasukkan darah setiap bulan.
Pesakit talasemia major perlu menjalani rawatan pemindahan darah dengan kerap bagi memastikan mereka mendapat bekalan darah mencukupi.
Rawatan ini perlu dilalui sebulan sekali sepanjang hayatnya.
Tujuan rawatan untuk mengembalikan paras hemoglobin ke tahap lebih baik dan tisu dalam badan supaya pesakit mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.
Kekurangan hemoglobin menyebabkan oksigen dalam setiap sel badan berkurangan yang boleh menjejaskan fungsi organ penting. Pada masa ini, anak-anak tahap hemoglobin mereka berada pada 6.5 g/dL. Doktor kata jika dapat sekurang berada pada 9 g/dL
Berdasarkan laporan Talasemia Registri Malaysia, sehingga 2018, seramai 8,681 pesakit talasemia didaftarkan dan daripada jumlah itu 4,259 pesakit memerlukan pemindahan darah sepanjang hayat mereka.
Di dalam sel darah merah terdapat berjuta-juta hemoglobin yang berperanan sebagai rantaian protein untuk membawa oksigen kepada paru-paru dan seluruh tubuh serta membawa zat makanan kepada tisu dan membolehkan seseorang itu bernafas dan bertenaga.
"Apabila ada kerosakan atau mutasi atau kehilangan gen yang mengawal pembentukan hemoglobin ini, pembentukan hemoglobin bermasalah di mana penghasilan sel darah merah pada pesakit talasemia ini tidak berkualiti serta tidak mencukupi.
"Mereka bukannya tidak menghasilkan darah langsung, tetapi darah dihasilkan mudah pecah sehingga menyebabkan jumlah bersih sel darah merah tidak mencukupi dan ia boleh diukur melalui kadar hemoglobin yang rendah,"
Penyakit anemia dan talasemia adalah disebabkan hemoglobin rendah, namun puncanya berbeza.
"Kebanyakan penyebab anemia adalah berpunca daripada kekurangan zat besi, manakala pesakit talesemia pula mempunyai zat besi berlebihan.
Tanda kanak-kanak hidap talasemia
Terdapat dua jenis penyakit talasemia iaitu, alpha talasemia dan beta talasemia dan nama itu diberikan mengikut jenis rantaian protein hemoglobin.
"Bagi kanak-kanak menghidap talasemia, mereka kelihatan normal sewaktu dilahirkan, namun seawal usia tiga bulan akan perlahan-lahan menunjukkan perubahan seperti menjadi pucat dan ketika semakin membesar, mereka mudah berasa letih.
"Antara tanda awal kanak-kanak menghidap talasemia termasuk mereka kelihatan letih serta gelisah, kulit kekuningan dan perut menjadi buncit akibat pembesaran organ dalaman seperti hati dan limpa.
"Tumbesaran juga terbantut, pembentukan tulang muka akan berubah serta kekurangan darah yang teruk boleh mengakibatkan kesesakan nafas serta kegagalan fungsi jantung.

HULU SELANGOR AMATEUR RADIO FAN CLUB