Selasa, Mei 03, 2016

Ayahku seorang anggota Bomba.


Kenapa Ayah Pertaruhkan Nyawa Untuk Keselamatan Orang Lain? – Nukilan Sayu Anak Bomba

bombaa
Sayu je bila dengar cerita kawan-kawan kita yang membesar tanpa ayah dan ada juga yang kehilangan ibu sejak kecil lagi. Bila dikenang kembali bila kali terakhir korang dapat peluk dan dakap ibu dan ayah (bagi yang masih ada)?.Kalau belum atau sudah lama tak peluk cium mereka, apa kata korang buat waktu jumpa mereka nanti.
Tapi kalau yang jauh tu, selalulah telefon mereka di kampung. Mereka cuma nak dengar suara anak-anak yang sudah tidak menangis seperti bayi saat dewasa. Okay admin nak korang baca nukilan daripada seorang anak anggota Bomba.

Ayah aku anggota bomba…

Screen Shot 2016-02-16 at 11.05.11 AM
(gambar sekadar hiasan)
Bapa saya seorang anggota bomba, dia memandu sebuah trak merah besar
dan apabila dia hendak pergi kerja setiap hari dia akan berkata
“Ibu, doakan keselamatan kami”
Kemudian ayah tidak akan pulang ke rumah sehingga kadang-kadang pada hari berikutnya
tetapi perkara yang mengganggu saya yang paling sedih adalah apabila sesetengah orang akan berkata
kehidupan anggota bomba adalah mudah, ia makan, tidur dan bermain.
Apabila saya mula-mula mendengar kata-kata ini saya masih muda untuk memahami tapi saya tahu apabila orang mempunyai masalah ayah berada di sana untuk menghulurkan bantuan.

Hari terakhir mata ini menatap wajah ayah.

Pada satu hari sebelum ayah pergi kerja dia mencium kami semua dan ucap selamat tinggal
tetapi sedikit pun kami tidak sedar pada malam itu kami semua akan menangis
Ayah saya telah pergi malam itu apabila lantai rumah runtuh semasa operasi
dan saya tertanya-tanya mengapa dia hendak mempertaruhkan nyawanya kepada seseorang yang dia tidak kenal?
Tetapi sekarang saya benar-benar menyedari hadiah yang paling besar seorang lelaki boleh beri adalah untuk mempetaruhkan hidupnya demi keselamatan orang lain agar dapat terus hidup.Kehidupan perlu diteruskan dan berdoa kepada Allah.
Berdoa untuk anggota bomba anda agar
Dia boleh terus menyelamatkan orang-orang yang anda sayang..
Semoga korang tidak memandang rendah dengan anggota bomba tau. Mungkin mereka bukan saudara mara kita tetapi kita sesama makhluk janganlah saling merendahkan kerana yang membezakan kita adalah ketaqwaan.

0 Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published.Required fields are marked *

    SHAB 2016

    Selamat Hari Anggota Bomba 2016


    Khamis, Februari 11, 2016

    Lawatan ke Balai di Kedah

    Lawatan ke balai untuk mendapat info terkini kerosakan balai dan pembaikan.

    Lawatan bertujuan mendapatkan maklumat tentang korasakan dan pembaikan yang perlu dilakukan. 




    Sabtu, Oktober 24, 2015

    EMRS - EMERGENCY MEDICAL RESCUE SERVICES.


    EMRS - EMERGENCY MEDICAL RESCUE SERVICE.
    EMRS tu apa? Ambulan mcm yg lain ke?
    Ini Persoalan yg sering ditanya.
    Menurut Pegawai Cawangan Pengurusan Pasukan Khas, Bahagian Operasi Kebombaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia JBPM Kedah PBT NOORHAMIDI BIN ALI, EMRS diwujudkan dalam Jabatan Bomba bagi memberi perawatan KHUSUSNYA kepada ANGGOTA BOMBA ditempat operasi sekiranya mengalami kecederaan. Dan juga memberi perawatan kecemasan kepada mangsa orang AWAM sekiranya ada sebelum pihak AMBULAN datang.
    "Semoga dengan perawatan awal yg kami berikan dpt membantu mengawal mangsa yg cedera dari menjadi lebih kritikal sementara ambulan sampai. Sekiranya ambulan ada kami akan serahkan kepada pihak berkenaan". Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan kepada RTM hari ini.
    Tambahnya, EMRS TIDAK beroperasi untuk menghantar pesakit ke hospital KECUALI mendapat arahan dari PUSAT GERAKAN OPERASI yg mana pihak Hospital memohon kami utk menghantar mangsa ke hospital disebabkan perkara yg tidak dapat dielakkan.
    Keluaran jentera EMRS ini adalah bersama Jentera pemadaman BOMBA.
    Walaupun anggota bomba terlatih dan melakukan tugasan mengikut SOP tidak dapat dinafikan kemalangan keatas anggota boleh terjadi. Dengan itu maka diwujudkan Pasukan EMRS ini.
    "Dan kami juga berharap dengan perawatan kecemasan kepada mangsa yang ada ditempat kejadian dapat mengurangkan dan memberi ruang yg lebih untuk mangsa diselamatkan dan diberi rawatan lanjut oleh Pihak Hospital."
    "kepakaran anggota EMRS kami ada hadnya. Kami tidak mempunyai kepakaran khas seperti kakitangan Perubatan Hospital dan kami cuba lakukan yang terbaik untuk masyarakat dan kami juga mempunyai SOP dan bidang kuasa yang terhad serta peraturan yg perlu kami patuhi."
    Justru, beliau berkata EMRS memerlukan sokongan dari masyarakat dalam menambahbaik perkhidmatan yang berikan dan berharap masyarakat memahami tugasan yang dilakukan oleh EMRS.
    EMRS DITUBUHKAN UNTUK MENGUKUHKAN LAGI FUNGSI JBPM
    *JBPM pada masa kini, mempunyai 200 buah JENTERA EMRS yang beroperasi di 198 balai bomba seluruh negara dengan keanggotaan seramai 2400 anggota dengan tugas utama untuk memberi perawatan awal kepada anggota Bomba khususnya dan orang awam ditempat kejadian...*
    LATAR BELAKANG
    Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan atau Emergency Medical Rescue Services (EMRS) merupakan satu Pasukan khas yang ditubuhkan pada 2006 di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia JBPM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia serta Malaysian Society for Traumatology and Emergency Medicine (MASTEM).
    Menurut PBT Noorhamidi bin Ali dari Bahagian Pengurusan Pasukan khas, JBPM Kedah, Pasukan khas ini disertai anggota JBPM yang terpilih dan dilatih dan ditauliahkan oleh Malaysian Association of Traumatology and Emergency Medicine (MASTEM) atau Pertubuhan Perubatan Kecemasan dan Traumatologi Malaysia.
    Memandangkan kritikal dan pentingnya pasukan ini, kerajaan mengiktiraf anggotanya dengan meluluskan bayaran “Insentif Pre Hospital Care” sebanyak RM 100.00 sebulan kepada Pasukan EMRS JBPM berkuatkuasa pada 1 Januari 2007.
    OBJEKTIF DAN PERANAN UTAMA
    Objektif utama pasukan EMRS ialah memberikan pengetahuan serta kemahiran penilaian awal serta pengurusan mangsa ditempat kejadian, supaya perawatan kecemasan awal dapat dimulakan seterusnya dapat mengurangkan mortality serta morbidity.
    Antara tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh pasukan ini ialah: 
    Melaksanakan perkhidmatan perawatan kecemasan perubatan ke atas anggota bomba dan juga pemeriksaan kesihatan kepada pasukan khas yang lain seperti HAZMAT, PPDA dan pasukan mencari dan menyelamat sebelum dan selepas latihan mahupun semasa operasi.

    Melaksanakan perkhidmatan perawatan kecemasan perubatan ke atas mangsa yang terlibat dalam kemalangan atau apa-apa insiden di darat, air dan udara.
    Membuat penilaian kesihatan terhadap mangsa untuk memulihkan pernafasan, mengawal pendarahan dan menstabilkan mangsa sebelum menyerahkan kepada pihak hospital.
    Tugas bantuan semasa operasi bencana yang melibatkan tumpahan bahan kimia berbahaya oleh pasukan HAZMAT dan Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA), atau lain-lain pasukan dalam operasi mencari dan menyelamat: 
    Anggota EMRS hendaklah melaksanakan tugas-tugas perawatan dan penyelamatan mangsa di ”Red Zone” dalam kes HAZMAT dan runtuhan struktur mengikut Prosedur Operasi Seragam yang berkaitan. 
    Pasukan EMRS perlu menjalankan kerja-kerja pemeriksaan kesihatan ke atas anggota HAZMAT, anggota PPDA dan pasukan mencari dan menyelamat yang lain serta memberi rawatan kecemasan yang bersesuaian kepada mangsa.

    JENTERA EMRS
    Bermaksud kenderaan yang lengkap dengan peralatan perawatan perubatan dan peralatan menyelamat asas yang digunakan semasa operasi untuk menyelamat atau merawat mangsa serta menghantar mangsa atau pesakit ke hospital sekiranya perlu. 
    JENTERA EMRS boleh digerakkan untuk kes yang mana hanya memerlukan perkhidmatan untuk memindahkan pesakit ke pusat rawatan perubatan dengan permohonan daripada pihak KKM.

    JENTERA EMRS bukanlah seperti Ambulan KKM, kerana tugas utama anggota EMRS adalah memberi perawatan awal kepada anggota Bomba khususnya dan orang awam ditempat kejadian.
    Pada masa kini, jabatan telah dibekalkan dengan 200 buah JENTERA EMRS yang beroperasi di 198 balai bomba seluruh negara dengan keanggotaan seramai 2400 anggota.
    SYARAT ASAS PEMILIHAN DAN KEPERLUAN LATIHAN
    Selain menjalani pemeriksaan taraf kesihatan, ujian air kencing/drug test dan pemeriksaan/perakuan fizikal oleh doktor perubatan kerajaan, semua pegawai bomba yang akan dilantik sebagai anggota EMRS wajib melalui ujian bertulis, lisan dan amali.
    Kursus yang perlu dihadiri:-
    Tahap 1: Emergency Medical Trauma Technician Basic selama 3 minggu (Teori) dan Penempatan di hospital selama 120 Jam Bahagian Kecemasan (Praktikal) 
    Tahap 1: Advanced First Responder Basic selama 1 minggu (Teori) dan Penempatan di hospital selama 120 Jam Bahagian Kecemasan (Praktikal) 
    Tahap 2: Emergency Medical Trauma Technician Advanced (Instructor course) selama 2 minggu. 
    Emergency Medical Trauma Technician Refresher selama 1 minggu (latihan pengukuhan) 
    Anggota bomba yang telah dilantik dan ditauliahkan, wajib menjalani latihan pengukuhan bulanan sebanyak 20 jam mengikut pada modul - modul yang terkandung dalam buku log EMRS. Setiap buku log tersebut perlu dilengkapkan dan disahkan oleh ketua balai atau pegawai kanan. 
    Selain menjalani kursus asas EMRS, anggota EMRS juga berpeluang untuk mengikuti Kursus Pembantu Perubatan Selam (Diving Medical Asisstant) dijalankan oleh Angkatan Tentera (Institut Perubatan Bawah Air dan Hiperbarik) selama 8 minggu. Anggota-anggota Pembantu Perubatan Selam perlu mempunyai kebolehan dalam mengenalpasti penyakit selam, memberi rawatan awal kepada penyelam dan mengendalikan recompression chamber.

    Buat masa seramai 28 anggota yang telah berjaya mengikuti kursus Pembantu Perubatan Selam ini. Dan ditempatkan di seluruh Malaysia.
    PERANCANGAN SEMASA DAN MASA HADAPAN
    Jabatan sentiasa merancang untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan setiap anggota EMRS dari segi pengetahuan dan kemudahan logistik. Mungkin suatu hari nanti Jabatan Bomba akan mempunyai anggota Paramediknya sendiri dalam memantapkan lagi perkhidamatannya.
    PENUTUP 
    Melalui pelbagai program dan kursus yang telah dianjurkan oleh jabatan, ianya dapat meningkatkan tahap kesiapsigaan anggota EMRS supaya berada pada tahap yang tertinggi. Pasukan ini juga akan bertindak melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cekap dan professional bagi melaksanakan visi dan misi jabatan.

    Disediakan oleh: PgB Andy Alie (Akademi Bomba Wakaf Tapai) 
    PBT Noorhamidi bin Ali (Bhgn Pengurusan Pasukan khas, JBPM Kedah )

    Sabtu, September 05, 2015

    Buat Isteri

    Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan.
    Bila berjauhan dengan famili ni terasa sunyi. Teringat kepada si isteri.
    Terima kasih buat isteriku, kini kau menjadi ibu dan bapa kpd anak2.
    Awal pagi kau bangun siapkan sarapan, kejut anak2, siapkan mereka.
    Hantar mereka kesekolah. 
    Selsesai semua itu kau bergegas ketempat kerja. 
    Selesai disana kau pulang mengambil anak2 dari sekolah.
    Kau bergegas memasak untuk anak2 makan sebelum kesekolah semula.
    Selesai itu, kau buat kerja rumah pula. 
    Siapkan makan malam pula. 
    Melayan kerenah anak2 sehingga malam.
    Lewat malam baru kau berehat.
    Sepanjang hari kau x berhenti melakukan kerja.
    Semoga Allah terus berikan kau kekuatan dlm menjalani kehidupan sepanjang kita berjauhan.
    Terima kasih yg mampu aku berikan selain dr doa buat mu.
    Itulah insan yg bergelar isteri dan ibu. 
    Setiap titik peluhmu moga mendapat keberkatan.
    I Love U so much.
    Kaulah segalanya.
    De Kasih Anis

    #noorkasih

    HULU SELANGOR AMATEUR RADIO FAN CLUB