




PENUBUHAN RESCUE AMATEUR RADIO CLUB (RESCAR)
Radio Amatur adalah satu hobi yang berorentasi persahabatan kerana ianya berteraskan komunikasi antara individu. Para pengamalnya kepada akan didedahkan kepada peluang untuk berkenalan sesama mereka yang mempunyai minat dan kecenderungan yang sama. Seringkali petemuan di udara akan berlanjutan dan berakhir dengan persahabatan yang berpanjangan .
Kebaikan hobi Radio Amatur aadalah seperti berikut :-
a. Salah satu hobi yang sihat yang menggalakkan perhubungan sihat tanpa mengira batas
umur, darjat dan keturunan.
b. Sebagai salah satu saluran membantu masyarakat yang berlaku musibah atau kesusahan.
c. Sebagai warga Bomba, hobi ini akan membantu mempertingkatkan kemahiran, kecekapan
dan dalam bidang komunikasi radio terutama dikawasan yang sukar dihubungi oleh
komunikasi.
d. Mengeratkan perhubungan kemesraan dan persahabatan diantara Warga BOMBA dan
masyarakat awam diseluruh negara.
Sebagai langkah awal , Kelab RESCUE AMATUER RADIO (RESCAR) akan ditubuhkan bagi menggalakkan kegiatan hobi Radio Amatur di kalangan kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia dan o Dan orang awam
Kepada warga BOMBA baru yang berminat dengan kegiatan Radio Amatur , anda dijemput untuk menyertai Kelab ini. Di antara program yang dirancang kepada ahli baru adalah seperti berikut :-
a. Menganjurkan sesi kelas penerangan dan latihan berhubung pengendalian Radio Amatur.
b. Bagi ahli baru yang belum mempunyai Lesen Radio Amatur Kelas B, anda akan didaftarkan sebagai ahli Radio Komersial dan diberikan callsign bagi membolehkan anda berhubung dengan rakan-rakan melalui .
c. Mengadakan perjumpaan Eyeball sekali pada setiap minggu (malam) untuk menambahkan pengetahuan ahli-ahli
d. Membantu ahli mendaftar dengan MCMC untuk memasuki Pepereksaan Radio Amatur (RAE) yang dijangka akan diadakan pada Nov 2011 nanti.
e. Mengadakan kursus-kursus khas bagi ahli-ahli yang memasuki peperiksaan RAE pada Nov 2011 nanti.
Sebagai sokongan bagi penubuhan Kelab ini, setiap ahli adalah digalakkan untuk membeli Baju Rasmi RESCAR berharga RM50.00 sebagai sokongan publisiti kepada penubuhan kelab.
Bagi ahli baru yang yang belum mempunyai Lesen B, Radio Amatur, Rescar akan mendaftarkan anda sebagai Ahli Radio Komersial (RESCAR JV SCS) dengan bayaran keahlian yang akan dimaklumkan kelak.
Sebagai ahli Radio Komersial , ahli boleh terus berhubung menggunakan perhubungan radio di kalangan ahli radio komersial. Dan ahli RESCAR
Selepas menjadi ahli Radio komersial, ahli akan dilatih,diajar berkaitan Radio Amatur sebagai persediaan untuk mengambil peperiksaan RAE pada Nov 2011 nanti
Maklumat lanjut berhubung dengan perkembangan RESCAR , sila layari Facebook : Rescue Amateur Radio (Rescar)
Penyertaan Kelab ini adalah terbuka kepada semua warga Bomba dan orang awam,

Mulai 1 Jun 2011, ABPM KKB bakal mengalami pertukaran ketua pentadbirnya di mana Komandan, PKPjB Norhisham bin Mohammad akan ditukarkan sebagai Pengarah JBPM Sarawak dan tempatnya bakal diambil alih oleh PKPjB Haron Tahir yang sebelum ini menjawat jawatan Pengarah JBPM Kedah manakala kekosongan yang ditinggalkan di Kedah akan diisi oleh Pengarah JBPM Sarawak, Ahmad Shahabudin.
PKPjB Norhisham bin Mohammad mula berkhidmat di ABPM KKB pada 26 Jun 2009. Sepanjang beliau bertugas di sini, banyak sumbangan dan idea diberikan disamping keprihatinan dan kemesraan beliau terhadap kakitangannya membuatkan warga ABPM KKB amat terasa dengan pertukaran beliau.
Semoga PKPjB Norhisham bin Mohammad terus maju dan berbahagia di tempat baharu. Jasamu akan dikenang oleh semua warga ABPM KKB walaupun tiada di sini.