Jumaat, Januari 20, 2023

Rawatan Thalassemia

Pemindahan darah adalah asas rawatan semua penghidap talasemia dan segelintir pesakit talasemia intermedia. Tujuan pemindahan darah adalah untuk mengatasi masalah kurang darah (anemia) dan pengeluaran sel darah merah yang tidak berkesan.
Saya mohon sekiranya ada yang ingin menyumbang untuk kos pengurusan perubatan. 
 *5127 5455 9696 Noorhamidi Ali* Maybank. Reference: Thalassemia 
Pemindahan darah adalah asas rawatan semua penghidap talasemia.

“Majoriti pesakit talasemia adalah TDT untuk mengembalikan aras hemoglobin ke tahap lebih baik dan tisu-tisu dalam badan akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. Seorang pesakit menjalani pemindahan darah, satu/ dua beg darah dan rawatan ini perlu dilakukan satu hingga dua kali sebulan sepanjang hayatnya.

“Namun, pemindahan darah yang kerap menyebabkan pengumpulan zat besi yang berlebihan dalam organ penting. Fungsi organ seperti jantung, hati dan kelenjar endokrin akan terjejas dan ini mendatangkan kesan buruk kepada pesakit.

“Oleh itu, rawatan penyingkiran zat besi adalah amat penting. Ia boleh diberikan secara suntikan atau oral untuk sepanjang hayat. 
Pesakit talasemia yang melakukan proses penyingkiran zat besi berlebihan menerusi suntikan akan memerlukan mesin pam infusi dianggarkan bernilai RM4,000 dan jarum suntikan yang perlu sentiasa ditukar berharga kira-kira RM10 seunit.

Proses penyingkiran ini membabitkan penggunaan jarum yang dicucuk ke bawah kulit dan bersambung dengan mesin pam infusi yang mengandungi bancuhan ubat untuk dipindahkan ke badan pesakit. Biasanya pesakit melakukannya sendiri di rumah antara lapan hingga 10 jam.

Mesin ini menggunakan kuasa bateri sepenuhnya dan perlu dihantar untuk diselenggara secara berkala supaya ia berfungsi pada tahap yang sepatutnya.

“Pesakit talasemia hanya boleh sembuh dengan pemindahan sum-sum tulang daripada adik-beradik yang sihat, dan sama antigen leukosit manusia (HLA) atau penderma adik-beradik yang sepadan. Namun, keberangkalian untuk mendapatkan adik beradik yang sepadan HLA hanya 25 peratus dalam satu keluarga. Peratus kejayaan untuk prosedur pemindahan sum-sum tulang pula lingkungan 70 hingga 80 peratus.

“Oleh itu, rawatan yang ada adalah pemindahan darah untuk melegakan gejala-gejala anemia dan melengahkan proses kegagalan fungsi organ sahaja. Rawatan ini juga hanya memastikan kualiti kehidupan yang lebih baik dan melanjutkan jangka hayat pesakit talasemia,”

“Pembawa adalah sihat, tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan dan pengesanannya hanya boleh dibuat melalui ujian darah. Talasemia major mempunyai tahap hemoglobin yang sangat rendah, biasanya kurang daripada empat gram sedesiliter (g/dL) dan menunjukkan tanda-tanda penyakit mulai umur enam hingga 18 bulan.

“Talasemia intermedia pula mempunyai tahap hemoglobin yang tidak begitu rendah, dalam lingkungan tujuh hingga 10 g/dL yang dapat menampung hidup tanpa pemindahan darah. Namun, menunjukkan tanda-tanda penyakit dari usia lebih lanjut biasanya daripada remaja hingga dewasa seperti osteoporosis, kegagalan jantung kanan, pembengkakan limpa dan pembengkakan korda tunjang tulang belakang yang boleh menyebabkan lumpuh,” 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HULU SELANGOR AMATEUR RADIO FAN CLUB