Memaparkan catatan dengan label #talasemia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #talasemia. Papar semua catatan

Khamis, September 24, 2026

RAWATAN TALASEMIA

Ramai tanya, mahal ke kos rawatan Talasemia ni, tambah darah dan ubat. Ada kos ditanggung kerajaan dan ada kos ditanggung keluarga atau pengidap itu sendiri. Jom kita tengok serba sedikit kos-kos dia.

Kos sebenar rawatan talasemia (2 beg darah + ubat penyingkir zat besi/iron chelator) di hospital kerajaan (KKM) terbahagi kepada dua sudut:
1. Kos Caj Hospital yang Dibayar oleh Pesakit (Warganegara)
Bagi warganegara Malaysia, kos yang perlu dibayar secara terus di kaunter Hospital KKM adalah:
• Pendaftaran Pesakit Luar / Klinik Pakar: RM1 – RM15.
• Caj Transfusi Darah (2 beg): Percuma atau caj pendaftaran biasa wad harian/daycare (sekitar RM3 – RM35 bergantung pada gred wad/hospital).

• Ubat-ubatan (Folic Acid, Deferasirox, Deferiprone): Percuma atau disubsidi sepenuhnya di bawah bekalan ubat KKM bagi pesakit talasemia berdaftar.

Jumlah Perbelanjaan Rasmi Bil Hospital: ~RM5 hingga RM30 sekali Tranfusi, jika kekurangan bekalan darah akan jadi 2 kali tranfusi sebulan.

2. Kos yang ditanggung oleh Kerajaan Malaysia (KKM) untuk seorang pesakit talasemia setiap bulan adalah sangat tinggi:
Komponen Rawatan:
Transfusi Darah (2 beg) (Ujian saringan darah, beg darah, crossmatching, alatan infusi) - RM300 – RM600 (RM150 – RM300/beg)

 
Ubat Penyingkir Besi (Iron Chelators): 
• Deferasirox (Exjade/Jadenu) (Sangat mahal - bergantung pada berat badan/dos)-RM1,500 – RM3,500+
• Deferiprone (Ferriprox) (Sebagai kombinasi)- RM300 – RM800
Ubat Tambahan: Folic Acid- RM5-7
Ujian Makmal Bulanan: (Ujian darah penuh, paras feritin, fungsi hati/buah pinggang)- RM100 – RM200

ANGGARAN KOS SEBENAR KKM (SEBULAN): RM2,200 – RM5,000+
(Secara keseluruhan, rawatan talasemia seorang pesakit sepanjang hayat boleh mencecah RM2.5 juta hingga RM3 juta yang disubsidi sepenuhnya oleh kerajaan).

3. Kos Tersembunyi (Kewangan Pesakit / Keluarga).
Meskipun bil hospital dikecualikan, beban kewangan sebenar bagi keluarga biasanya berpunca daripada kos sampingan / logistik:
i. Kos Pengangkutan & Tambang: Ulang-alik ke hospital 2–4 kali sebulan (minyak, tol, atau tambang teksi/e-hailing).
ii. Kos Makanan & Kelengkapan Daycare: Bekalan makanan sepanjang proses pemindahan darah yang mengambil masa 4–6 jam sehari.
iii. Peralatan Infusi Tambahan: Jarum khas (butterfly needle), cecair pembasuh atau beg penyimpan jika memerlukan infusi di rumah.
iv. Cuti Tanpa Gaji / Kehilangan Pendapatan: Ibu bapa yang perlu mengambil cuti kerja beberapa kali sebulan untuk mengiringi anak di hospital untuk transufi darah, ambil darah dan beberapa temujanji pakar. 
v. Pengambilan ubat setiap 2 minggu bila bekalan ubat berkurangan di hospital.
Semua kos tersembunyi ini boleh mencecah RM300-RM1000/sebulan.

4. Penerimaan Masyarakat.
Ada sesetengah memandang mereka ini menyusahkan.
Ada juga majkan yang tidak mahu menawarkan pekerjaan kerana mereka kerap ke hospital untuk rawatan.

Inilah realiti sebenar, yang ramai tidak nampak. Memang kos rawatan ditanggung Kerajaan tetapi kos sampingan yang tidak ramai tahu. 
2056 0084 2528 Affin Bank

HULU SELANGOR AMATEUR RADIO FAN CLUB