Selasa, Februari 21, 2023
Talasemia
Sabtu, Februari 18, 2023
USM PENERIMA PERTAMA KURSI UNESCO GENETIK MANUSIA TALASEMIA
Kursi UNESCO mengenai Genetik Manusia Talasemia dianugerahkan kepada USM pada November 2022 dan merupakan kursi pertama mengenai genetik manusia yang dianugerahkan oleh UNESCO.
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 6 Februari 2023 – Talasemia adalah penyakit genetik yang paling kerap ditemui terutama di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana (Low and middle income countries - LMIC).
Tanpa rawatan yang sewajarnya, pesakit talasemia menghadapi banyak komplikasi yang boleh menyebabkan kematian.

Pesakit yang mengalami talasemia teruk akan terdedah kepada tekanan fizikal, psikologi dan sosial yang ketara kerana talasemia ditentukan oleh penurunan penghasilan hemoglobin, sama ada menjejaskan rantai alfa atau rantai beta.
Pada tahap tertentu, talasemia akan membawa kepada anemia teruk yang memerlukan pemindahan darah untuk mengekalkan kehidupan.
Menurut Pensyarah Perubatan, Pusat Genom Manusia, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Zilfalil Alwi, talasemia terbahagi kepada dua iaitu talasemia alfa dan talasemia beta yang dipengaruhi oleh gen berbeza.
“Dianggarkan terdapat 270 juta pembawa talasemia di seluruh dunia, yang mana 80 juta daripadanya adalah pembawa talasemia beta.
“Beberapa negara seperti Cyprus dan Singapura telah berjaya mengurangkan insiden talasemia kepada bilangan yang paling rendah melalui pemeriksaan antenatal yang berkesan, program kesihatan awam dan rawatan yang optimum.

“Malaysia juga telah menjalankan program saringan talasemia di seluruh negara dalam kalangan pelajar sekolah menengah yang berumur 16 tahun sejak 2016 sebagai usaha mengesan pembawa talasemia,” katanya ketika menyampaikan syarahan bertajuk ‘Advocating justice and equity in medical genomics of thalassemia through education and science’, dalam Majlis Syarahan Khas Kursi Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization-UNESCO), di sini hari ini.
Zilfalil yang juga penerima anugerah Program Kursi UNESCO mengenai Genetik Manusia Talasemia berkata, satu daripada setiap 20 individu adalah pembawa talasemia di Malaysia.

“Negeri Sabah mencatatkan jumlah kelahiran talasemia tertinggi berbanding negeri lain di Malaysia. Namun, sejak tahun 2014 hingga 2018, kelahiran baru talasemia menurun secara berterusan terutamanya di Sabah susulan inisiatif kerajaan menjalankan saringan terhadap pelajar-pelajar sekolah menengah yang dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang awam.
“Dengan penurunan bilangan kelahiran talasemia di Malaysia, program saringan seluruh negara ini boleh dijadikan model kepada negara lain untuk memerangi talasemia.
“Oleh itu, USM bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan ‘Global Variome’ telah menubuhkan ‘Global Globin Network’ (GGN) yang terdiri daripada saintis, penyelidik dan ahli akademik dari 32 negara yang berusaha untuk memerangi talasemia dengan mengaplikasi pembangunan terkini dalam genetik manusia,” ujarnya lagi.
Tambah Zilfalil, GGN adalah platform yang ideal untuk bekerjasama di peringkat antarabangsa bagi perkongsian pengetahuan, kemahiran teknikal dan pembinaan kapasiti di samping merapatkan jurang ‘genomic divide’ antara ‘high income countries’ (HIC) dan LMIC.
“Kerjasama ini juga diharap dapat menyatu dan meningkatkan kemahiran serta pengetahuan dalam sains inovatif yang boleh membawa kepada penemuan baharu,” ulasnya.
Program Kursi UNESCO telah ditubuhkan pada 1992 melibatkan lebih 850 institusi dari 117 negara bagi menggalakkan kerjasama dan rangkaian antarabangsa antara universiti untuk meningkatkan keupayaan institusi melalui perkongsian pengetahuan dan kerjasama.

Institusi pengajian tinggi Malaysia yang telah dilantik oleh UNESCO untuk menjalankan Program Kursi UNESCO ialah Universiti Malaya (UM) (2016), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (2019), USM (2020 & 2022), Universiti Teknologi dan Inovasi Asia Pasifik, Kuala Lumpur (2022).
Kursi UNESCO mengenai Genetik Manusia Talasemia dianugerahkan kepada USM pada November 2022 dan merupakan kursi pertama mengenai genetik manusia yang dianugerahkan oleh UNESCO.
Hadir secara maya dalam majlis anjuran Pusat Genom Manusia dengan kerjasama Sekretariat Projek Variom Manusia Nod Malaysia (MyHVP) ialah Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed dan Penyelaras Penyelidikan UNESCO, Dr. Keith Holmes.
Turut hadir ialah Penasihat Sains, Teknologi dan Inovasi Negara, Profesor Emerita Datuk Dr. Asma Ismail; Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Pengarah Hospital USM, Profesor Dato’ Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman; dan Dekan PPSP USM, Profesor Dr. Abdul Razak Sulaiman.
Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel/Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman
- Created on .
Jumaat, Februari 17, 2023
Pertanyaan Tentang Talasemia.
Selasa, Februari 07, 2023
Menyantuni Anak-anak Istimewa
Ahad, Februari 05, 2023
Lawatan Dato Nor Hisham Mohamad ke Balai Bomba Dan Penyelamat Yan
Sabtu, Februari 04, 2023
Kisah Kami Anggota Penyelamat
Jumaat, Januari 27, 2023
Thalasemia
Jumaat, Januari 20, 2023
Rawatan Thalassemia
Jumaat, Januari 06, 2023
Aku tidak ada kelulusan tinggi. Tapi... keazaman, semangat...
Sabtu, Disember 17, 2022
Anggota Bomba India Berkhatan
"Rasa sakit itu sikit saja tapi seronok dapat bersama berkhatan dengan kanak-kanak Melayu, malah rakan seperjuangan turut memberi sokongan," kata K Saravanan, 25.
Saravanan adalah Pegawai Bomba Bantuan (PBB) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan yang dikhatankan bersama 38 kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun di BBP Yan di sini. Katanya, dia yang baru tujuh bulan bertugas menawarkan diri untuk berkhatan selepas dimaklumkan program hari ini dilakukan secara percuma anjuran BBP Yan dengan kerjasama Hospital Yan.
"Saya memang nak berkhatan untuk kebersihan diri daripada kuman sebab itu saya tawarkan diri (berkhatan) walaupun saya seorang saja berketurunan India.
"Mula-mula berdebar jugalah tapi lepas selamat dikhatankan, perasaan takut hilang," katanya ketika ditemui, hari ini.
Saravanan berkata, adik lelakinya, Dorai Rash, 23, pula dikhatankan sejak lahir malah ibu bapa mereka banyak memberi sokongan.
Katanya, dia yang menetap di Tongkang Yard, Alor Setar akan tinggal di penginapan BBP Yan sehingga luka sembuh.
Sementara itu, Ketua BBP Yan Noorhamidi Ali berkata, Majlis Berkhatan dan Kesyukuran BBP Yan bersama Komuniti Yan itu mendapat sumbangan daripada Jabatan Sukarelawan Malaysia, Petronas Gas, Bomba Komuniti, Ahli Parlimen Jerai, Bank Rakyat dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
Isnin, November 21, 2022
BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU MEMIKUL
Allah Maha Tahu apa yang terbaik buat diri kita. Tetapi adakalanya kita tidak nampak hikmah dan kebaikan yang Allah nak beri. Kadang susah untuk kita terima walau kita tahu itulah ketentuan-Nya.
Namun percayalah ..Andai engkau tahu segala kebaikan yang Allah selitkan di sebalik ujian yang engkau alami. Pastinya engkau akan terus bersabar. Bahkan, engkau lebih kuat menghadapi ujian.Allah tahu kita kuat ..
Maka Dia pasti akan uji dengan lebih hebat.
Namun sebagai manusia yang lemah ..
Adakalanya iman itu terasa penuh di sanubari.
Adakalanya pula seolah-olah melayang bagai ditiup angin.
Adakalanya juga semangat yang berkobar-kobar, tiba-tiba menghilang entah ke mana Inilah kehidupan.
Adakalanya pula kita berasa sangat lemah, justeru, jangan pernah menyerah walaupun kita rasakan ujiannya terlalu berat.
Aku memang tidak pandai menunjukkan rasa kesedihan, susah hati. Ada juga masa aku tunjukkan bila perasaan tidak tenteram. Tapi apa yang berlaku aku tetap tersenyum dan tunjukkan kegembiraan. Kadang-kadang senyum itu dapat menyembunyikan keresahan dan kesedihan.
Bila umur dah menghampiri 5 silinder ni perasaan hati ini sentiasa tersentuh. Memang aku nampak kuat tetapi hakikatnya aku menangis dibelakang.Menangis untuk beri ketenagan diri. Tak sanggup aku menangis didepan isteri dan anak-anak. Aku bukannya tiada perasaan, aku bukan tidak ambil kisah apa yangberlaku. Tapi aku kawal untuk jadi kuat di depan mereka kerana aku tak ingin mereka turut dlam kesedihan. Aku terlalu sayang pada keluarga ku, pada isteri, anak-anak ku. Apa yang berlaku kepada mereka sentiasa dalam fikiran ku walaupun aku nampak seperti tidak acuh.
Ada masa aku menahan perasaan bila ada pertanyaan dari anak-anak berkaitan apa yang berlaku kepada mereka. Aku menahan rasa sebak bila isteri tersayang tanyakan sesuatu. Aku bersyukur ada seorang isteri yang memahami, tahan dengan sikap aku. Dia kadang-kadang korbankan kehendaknya kerana faham sitausi yang berlaku. Aku tahu disudut hatinya inginkan sesuatu untuk dirinya. Aku sentiasa berdoa agar suatu hari nanti Allah berikan aku sesuatu agar aku dapat berikan kepada mereka yang terbaik apa yang aku tidak dapat berikan sekarang. Anak-anak juga amat memahami, aku kuat kerana sikap mereka. Faham keadaan walaupun kadang-kadang mereka terlepas berkata-kata atau pun sikap kerana ada perkara yang mereka terlalu inginkan tidak dapat ditunaikan. Tapi mereka cepat sedar dan kawal diri mereka buat seolah-olah tiada apa. Ya Allah kuatkan semangat isteriku, anak-anakku. Berikan kesihatan yang baik kepada mereka. Berilah mereka ruang untuk merasai nikmat di dunia dan di akhirat.. Sesunggunya apa yang Engkau berikan kepada kami adalah ujian dari Mu. Aku redha kerana itu adalah kehendakMu.
Maafkan aku, jika ada masaya sikap ku menyinggung perasaan mereka Ya Allah. Kuatkan diri ini dalam terus menempuh segala ujian dariMu. Aku yakin setiap ujian dari Mu pasti akan ada jalan penyelesaian dan pasti ada kebaikan yang bakal Engkau berikan.Aku hambamu yang lemah, sudah semestinya aku memerlukan bantuan dariMu.
Setiap manusia telah ditulis takdirnya. Kita perlu tempuhi dengan redha apa yang berlaku dan jangan lupa kepadaNya kerana baik atau buruk ujian yang diterima itu pasti Allah telah rancang sesuatu yang terbaik buat kita. Jangan menyerah, jangan lupa kepadaNya.
Ada insan yang pasti akan memberi semangat, ada insan yang mempersoalkan. Anggaplah itu ujian dariNya untuk kita berfikir dengan baik. Kerana apa yang diberikan kepada kita itu ada hikmah disebaliknya.
Pertolongan dariNya adalah yang amat kita perlukan. Jangan lupa mohon dariNya. Pertolongan dari manusia ini juga adalah hasil dariNya juga. Dia yang menggerakkan insan-insan disekeliling kita.
Ya Allah aku kuat kerana insan-insan yang tersayang yang bersama ku. Buat anak-anakku, walaupun kalian tidak selalu didepan mata abah ketahuilah, kalian sentiasa dalam ingatan abah.Kerisauan dalam diri abah tentang keselamatan kalian tidak pernah hilang melainkan kalian ada didepan mata abah. Walaupun abah berdiam tidak bermaksud abah lupakan kalian tidak fikir masalah yang anak-anak abah tanggung. Buat isteri yang tercinta, abang sangat sayang kamu. Walaupun jarang keluar perkataan manja bukan bermaksud tidak ada persaan sayang. Pada abang ungkapan sayang itu amat besar dan bermakna, jika selalu disebut ia sudah tidak menjadi sesuatu yang bernilai bila menjadi kebiasaan disebut. Ia hanya jadi sebutan biasa. Ketahuilah, diri ini bukan seperti insan lain. Dalam hidup ini aku hanya ada kalian. Kalianlah kekuatan diri ini dalam menempuh apa jua cabaran, ujian, dugaan.
Buat anak-anakku, kuatkan semangat jati diri. Allah menguji kita sebab Allah sayang kita. Allah tahu kita mampu harungi. InsyaAllah akan ada sinar dan hikmah disebalik semua ujian ini. Seperti pesan IBU , jangan lupa padaNYa. Jaga adab, jaga aurat, jaga solat. Walaupun anak-anak abah dah besar abah tetap risau dan anggap macam anak kecil lagi. Ingatlah abah sayang kalian, sayang IBU kalian.
Bagi insan diluar sana, janganlah menilai seseorang dari mata kasar, dari apa yang sekarang ni mudah di lihat di media sosial. Kadang-kadang apa yang di muat naik di media sosial itu bukan gambaran keseluruhan kehidupan mereka. Kegembiraan yang dipaparkan untuk menghilangkan rasa kegusaran, kesedihan. Kadang-kadang ia tempat paling mudah untuk luahkan kerana tidak berdepan dengan pelbgai kerenah. Jadi jika kita tidak mampu memberi semangat atau kebaikkan maka diamlha dari berkata-kata. Mungkin kita tidak sedar dengan kata-kata kita mungkin menguris perasaan mereka. Jika tidak suka abaikan.Kehidupan kita, cara hidup kita tidak sama dengan mereka. Mata yang memandang tidak sama dengan bahu yang memikul. Doakan kebaikan, kemudahan kepada mereka jika kita tidak mampu lakukan sesuatu. Itu lebih baik dari kita berkata-kata yang mungkin mengguris perasaan mereka.Jika kita dah berjaya , kita dah senang usahlah kita mempersoal kehidupan insan lain. Kita tidak tahu mereka mungkin telah berusaha yang terbaik agar kehidupan mereka juga baik.Setiap insan ujian dan halangan dari Allah tidak sama.
Sama-samalah kita menceriakan kehidupan seharian kita. Sejauh mana ujian atau kesenangan yang kita terima itu adalah anugerah dariNya. Allah menguji hambanya dalam pelbagai cara. Ada dari segi kesenangan , ada diuji dengan pelbagai masalah. Jadi renungkan fikirkan yang sebaiknya. Kita duji dengan masalah bukan Dia tidak sayang tetapi Dia ingin lihat sejauh mana kita mencari jalan dan berikhtiar untuk tempuhi dan lalui. Jika diuji dengan kesenangan Dia ingin lihat sejauh mana kita bersyukur dan mengingatiNya. Adakah masa susah sahaja kita mengingatiNya.
Jumaat, November 11, 2022
Ujian Allah
Setiap manusia yang bergelar hamba Allah tidak akan terlepas daripada sebarang ujian. Ujian datang kepada semua golongan, sama ada kecil ataupun besar, tua mahupun muda, beragama Islam ataupun kafir, kaya dan juga miskin semuanya pasti akan diuji.
Jumaat, November 04, 2022
Kisah Anak-anak ku dan Talasemia
#kongsirezeki
Apa Talasemia tu?
Isnin, Oktober 17, 2022
Perjalanan Dalam Penghargaan Diri.
Akhirnya tercapai juga pada April 2022. Kos 2 kursus ini RM700.
