Isnin, November 21, 2022

BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU MEMIKUL



Allah Maha Tahu apa yang terbaik buat diri kita. Tetapi adakalanya kita tidak nampak hikmah dan kebaikan yang Allah nak beri. Kadang susah untuk kita terima walau kita tahu itulah ketentuan-Nya.

Namun percayalah ..Andai engkau tahu segala kebaikan yang Allah selitkan di sebalik ujian yang engkau alami. Pastinya engkau akan terus bersabar. Bahkan, engkau lebih kuat menghadapi ujian.

Allah tahu kita kuat ..
Maka Dia pasti akan uji dengan lebih hebat.
Namun sebagai manusia yang lemah ..
Adakalanya iman itu terasa penuh di sanubari.
Adakalanya pula seolah-olah melayang bagai ditiup angin.
Adakalanya juga semangat yang berkobar-kobar, tiba-tiba menghilang entah ke mana Inilah kehidupan.
Adakalanya pula kita berasa sangat lemah, justeru, jangan pernah menyerah walaupun kita rasakan ujiannya terlalu berat.

Aku memang tidak pandai menunjukkan rasa kesedihan, susah hati. Ada juga masa aku tunjukkan bila perasaan tidak tenteram. Tapi apa yang berlaku aku tetap tersenyum dan tunjukkan kegembiraan. Kadang-kadang senyum itu dapat menyembunyikan keresahan dan kesedihan.

Bila umur dah menghampiri 5 silinder ni perasaan hati ini sentiasa tersentuh. Memang aku nampak kuat tetapi hakikatnya aku menangis dibelakang.Menangis untuk beri ketenagan diri. Tak sanggup aku menangis didepan isteri dan anak-anak. Aku bukannya tiada perasaan, aku bukan tidak ambil kisah apa yangberlaku. Tapi aku kawal untuk jadi kuat di depan mereka kerana aku tak ingin mereka turut dlam kesedihan. Aku terlalu sayang pada keluarga ku, pada isteri, anak-anak ku. Apa yang berlaku kepada mereka sentiasa dalam fikiran ku walaupun aku nampak seperti tidak acuh. 

Ada masa aku menahan perasaan bila ada pertanyaan dari anak-anak berkaitan apa yang berlaku kepada mereka. Aku menahan rasa sebak bila isteri tersayang tanyakan sesuatu. Aku bersyukur ada seorang isteri yang memahami, tahan dengan sikap aku. Dia kadang-kadang korbankan kehendaknya kerana faham sitausi yang berlaku. Aku tahu disudut hatinya inginkan sesuatu untuk dirinya. Aku sentiasa berdoa agar suatu hari nanti Allah berikan aku sesuatu agar aku dapat berikan kepada mereka yang terbaik apa yang aku tidak dapat berikan sekarang. Anak-anak juga amat memahami, aku kuat kerana sikap mereka. Faham keadaan walaupun kadang-kadang mereka terlepas berkata-kata  atau pun sikap kerana ada perkara yang mereka terlalu inginkan tidak dapat ditunaikan. Tapi mereka cepat sedar dan kawal diri mereka buat seolah-olah tiada apa. Ya Allah kuatkan semangat isteriku, anak-anakku. Berikan kesihatan yang baik kepada mereka. Berilah mereka ruang untuk merasai nikmat di dunia dan di akhirat.. Sesunggunya apa yang Engkau berikan kepada kami adalah ujian dari Mu. Aku redha kerana itu adalah kehendakMu.

Maafkan aku, jika ada masaya sikap ku menyinggung perasaan mereka Ya Allah. Kuatkan diri ini dalam terus menempuh segala ujian dariMu. Aku yakin setiap ujian dari Mu pasti akan ada jalan penyelesaian dan pasti ada kebaikan yang bakal Engkau berikan.Aku hambamu yang lemah, sudah semestinya aku memerlukan bantuan dariMu.

Setiap manusia telah ditulis takdirnya. Kita perlu tempuhi dengan redha apa yang berlaku dan jangan lupa kepadaNya kerana baik atau buruk ujian yang diterima itu pasti Allah telah rancang sesuatu yang terbaik buat kita. Jangan menyerah, jangan lupa kepadaNya. 

Ada insan yang pasti akan memberi semangat, ada insan yang mempersoalkan. Anggaplah itu ujian dariNya untuk kita berfikir dengan baik. Kerana apa yang diberikan kepada kita itu ada hikmah disebaliknya.

Pertolongan dariNya adalah yang amat kita perlukan. Jangan lupa mohon dariNya. Pertolongan dari manusia ini juga adalah hasil dariNya juga. Dia yang menggerakkan insan-insan disekeliling kita.

Ya Allah aku kuat kerana insan-insan yang tersayang yang bersama ku. Buat anak-anakku, walaupun kalian tidak selalu didepan mata abah ketahuilah, kalian sentiasa dalam ingatan abah.Kerisauan dalam diri abah tentang keselamatan kalian tidak pernah hilang melainkan kalian ada didepan mata abah. Walaupun abah berdiam tidak bermaksud abah lupakan kalian tidak fikir masalah yang anak-anak abah tanggung. Buat isteri yang tercinta, abang sangat sayang kamu. Walaupun jarang keluar perkataan manja bukan bermaksud tidak ada persaan sayang. Pada abang ungkapan sayang itu amat besar dan bermakna, jika selalu disebut ia sudah tidak menjadi sesuatu yang bernilai bila menjadi kebiasaan disebut. Ia hanya jadi sebutan biasa. Ketahuilah, diri ini bukan seperti insan lain. Dalam hidup ini aku hanya ada kalian. Kalianlah kekuatan diri ini dalam menempuh apa jua cabaran, ujian, dugaan.

Buat anak-anakku, kuatkan semangat jati diri. Allah menguji kita sebab Allah sayang kita. Allah tahu kita mampu harungi. InsyaAllah akan ada sinar dan hikmah disebalik semua ujian ini. Seperti pesan IBU , jangan lupa padaNYa. Jaga adab, jaga aurat, jaga solat. Walaupun anak-anak abah dah besar abah tetap risau dan anggap macam anak kecil lagi. Ingatlah abah sayang kalian, sayang IBU kalian.

Bagi insan diluar sana, janganlah menilai seseorang dari mata kasar, dari apa yang sekarang ni mudah di lihat di media sosial. Kadang-kadang apa yang di muat naik di media sosial itu bukan gambaran keseluruhan kehidupan mereka. Kegembiraan yang dipaparkan untuk menghilangkan rasa kegusaran, kesedihan. Kadang-kadang ia tempat paling mudah untuk luahkan kerana tidak berdepan dengan pelbgai kerenah. Jadi jika kita tidak mampu memberi semangat atau kebaikkan maka diamlha dari berkata-kata. Mungkin kita tidak sedar dengan kata-kata kita mungkin menguris perasaan mereka. Jika tidak suka abaikan.Kehidupan kita, cara hidup kita tidak sama dengan mereka. Mata yang memandang tidak sama dengan bahu yang memikul. Doakan kebaikan, kemudahan kepada mereka jika kita tidak mampu lakukan sesuatu. Itu lebih baik dari kita berkata-kata yang mungkin mengguris perasaan mereka.Jika kita dah berjaya , kita dah senang usahlah kita mempersoal kehidupan insan lain. Kita tidak tahu mereka mungkin telah berusaha yang terbaik agar kehidupan mereka juga baik.Setiap insan ujian dan halangan dari Allah tidak sama.

Sama-samalah kita menceriakan kehidupan seharian kita. Sejauh mana ujian atau kesenangan yang kita terima itu adalah anugerah dariNya. Allah menguji hambanya dalam pelbagai cara. Ada dari segi kesenangan , ada diuji dengan pelbagai masalah. Jadi renungkan fikirkan yang sebaiknya. Kita duji dengan masalah bukan Dia tidak sayang tetapi Dia ingin lihat sejauh mana kita mencari jalan dan berikhtiar untuk tempuhi dan lalui. Jika diuji dengan kesenangan Dia ingin lihat sejauh mana kita bersyukur dan mengingatiNya. Adakah masa susah sahaja kita mengingatiNya.



Jangan pernah rebah,
Jangan pernah putus asa,
Jangan pernah gentar mencari ketenangan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HULU SELANGOR AMATEUR RADIO FAN CLUB