UJIAN adalah ketahanan iman seseorang terhadap dugaan lahir dan batin yang menimpa, yang sudah pasti ada hubung kait dengan kehidupan kekal abadi di alam akhirat kelak.
Setiap manusia yang bergelar hamba Allah tidak akan terlepas daripada sebarang ujian. Ujian datang kepada semua golongan, sama ada kecil ataupun besar, tua mahupun muda, beragama Islam ataupun kafir, kaya dan juga miskin semuanya pasti akan diuji.
Setiap manusia yang bergelar hamba Allah tidak akan terlepas daripada sebarang ujian. Ujian datang kepada semua golongan, sama ada kecil ataupun besar, tua mahupun muda, beragama Islam ataupun kafir, kaya dan juga miskin semuanya pasti akan diuji.
Pada diriku dan keluarga, kami diuji dengan beberapa ujian. Antara yang amat menyentuh perasaan.
2007 - Along transfusion darah2007 - bermula routine bulanan pemeriksaan talasemia along dan angah.
2010 - Adik pembedahan kepala (cecair kelenjar kat ubun²)
2011 - Along transfusion darah
2011 - Angah pembedahan limpa
2020 - Kaki melecur
2022 - Along dan Angah ransfusion darah (berjadual) kerana limpa mula membengkak.
“Rasulullah S.A.W pernah bersabda (yang bermaksud): “Orang yang paling berat cubaannya ialah para Nabi, kemudian diikuti orang yang berikutnya (iaitu orang di bawah kedudukan mereka) secara berturut. Seseorang hamba akan mendapat cubaan sesuai dengan kadar imannya. Sekiranya imannya kuat, maka cubaan yang menimpanya juga berat. Sekiranya imannya lemah, maka cubaan yang menimpanya juga sesuai dengan kadar imannya. Cubaan akan terus menimpa seorang hamba, sehinggalah ia berjalan di muka bumi tanpa memiliki sebarang dosa lagi”.
Kita sangat bersimpati dengan rakan kita yang sedang diuji. Sangat sukar bagi sesiapa yang menghadapi ujian ataupun musibah daripada Allah SWT untuk menerima kenyataan yang tersirat di sebalik setiap kejadian. Namun, kita perlu kembali kepada Allah SWT sebagai pemilik seluruh alam ini.
Apabila berlakunya sesuatu yang kita harapkan, kita pastinya bersyukur. Apabila berlaku musibah dan ujian, kita sepatutnya bersabar sebagai tanda bahawa kita adalah seorang hamba Allah SWT yang beriman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan