Jumaat, Mac 06, 2015

PASUKAN EMRS


EMRS
EMRS


LATAR BELAKANG

Pada tahun 2006, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia serta Malaysian Society for Traumatology and Emergency Medicine (MASTEM) telah menubuhkan Pasukan khas iaitu Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan  atau Emergency Medical Rescue Services (EMRS).
Segala kepakaran anggota EMRS dilatih dan ditauliahkan oleh Malaysian Association of Traumatology and Emergency Medicine (MASTEM) atau Pertubuhan Perubatan Kecemasan dan Traumatologi Malaysia.
Kerajaan juga bersetuju meluluskan bayaran “Insentif Pre Hospital Care” sebanyak RM 100.00 sebulan kepada Pasukan EMRS JBPM berkuatkuasa pada 1 Januari 2007.

OBJEKTIF DAN PERANAN UTAMA

Objektif utama pasukan EMRS ialah memberikan pengetahuan serta kemahiran penilaian awal serta pengurusan mangsa ditempat kejadian, supaya perawatan kecemasan awal dapat dimulakan seterusnya dapat mengurangkan mortality serta morbidity.
Antara tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh pasukan ini ialah:
Melaksanakan perkhidmatan perawatan kecemasan perubatan ke atas anggota bomba dan juga pemeriksaan kesihatan kepada pasukan khas yang lain seperti HAZMAT, PPDA dan pasukan mencari dan menyelamat sebelum dan selepas latihan mahupun semasa operasi.
Melaksanakan perkhidmatan perawatan kecemasan perubatan ke atas mangsa yang terlibat dalam kemalangan atau apa-apa insiden di darat, air dan udara.
Membuat penilaian kesihatan terhadap mangsa untuk memulihkan pernafasan, mengawal pendarahan dan menstabilkan mangsa sebelum menyerahkan kepada pihak hospital.
Tugas bantuan semasa operasi bencana yang melibatkan tumpahan bahan kimia berbahaya oleh pasukan HAZMAT dan Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA), atau lain-lain pasukan dalam operasi mencari dan menyelamat:
Anggota EMRS hendaklah melaksanakan tugas-tugas perawatan dan penyelamatan mangsa di ”Red Zone” dalam kes HAZMAT dan runtuhan struktur mengikut Prosedur Operasi Seragam yang berkaitan.
Pasukan EMRS perlu menjalankan kerja-kerja pemeriksaan kesihatan ke atas anggota HAZMAT, anggota PPDA dan pasukan mencari dan menyelamat yang lain serta memberi rawatan kecemasan yang bersesuaian kepada mangsa.


JENTERA EMRS
Bermaksud kenderaan yang lengkap dengan peralatan perawatan perubatan dan peralatan menyelamat asas yang digunakan semasa operasi untuk menyelamat atau merawat mangsa serta menghantar mangsa atau pesakit ke hospital sekiranya perlu.
JENTERA EMRS boleh digerakkan untuk kes yang mana hanya memerlukan perkhidmatan untuk memindahkan pesakit ke pusat rawatan perubatan dengan permohonan daripada pihak KKM.
JENTERA EMRS bukanlah seperti Ambulan KKM, kerana tugas utama anggota EMRS adalah memberi perawatan awal kepada anggota Bomba khususnya dan orang awam ditempat kejadian.
Pada masa kini, jabatan telah dibekalkan dengan 99 buah JENTERA EMRS yang beroperasi di seluruh negara dan akan bertambah pada masa terdekat.

SYARAT ASAS PEMILIHAN DAN KEPERLUAN LATIHAN
Selain menjalani pemeriksaan taraf kesihatan, ujian air kencing/drug test dan pemeriksaan/perakuan fizikal oleh doktor perubatan kerajaan, semua pegawai bomba yang akan dilantik sebagai anggota EMRS wajib melalui ujian bertulis, lisan dan amali.
Kursus yang perlu dihadiri:-
Tahap 1: Emergency Medical Trauma Technician Basic selama 3 minggu (Teori) dan Penempatan di hospital selama 120 Jam Bahagian Kecemasan (Praktikal)
Tahap 2 : Emergency Medical Trauma Technician Advanced   (Instructor course) selama 2 minggu.
Emergency Medical Trauma Technician Refresher selama 1 minggu (latihan pengukuhan)
Anggota bomba yang telah dilantik dan ditauliahkan, wajib menjalani latihan pengukuhan bulanan sebanyak 20 jam mengikut pada modul - modul yang terkandung dalam buku log EMRS. Setiap buku log tersebut perlu dilengkapkan dan disahkan oleh ketua balai atau pegawai kanan.
Selain menjalani kursus asas EMRS, anggota EMRS juga berpeluang untuk mengikuti Kursus Pembantu Perubatan Selam (Diving Medical Asisstant) dijalankan oleh Angkatan Tentera (Institut Perubatan Bawah Air dan Hiperbarik) selama 8 minggu. Anggota-anggota Pembantu Perubatan Selam perlu mempunyai kebolehan dalam mengenalpasti penyakit selam, memberi rawatan awal kepada penyelam dan mengendalikan recompression chamber.
Buat masa seramai 28 anggota yang telah berjaya mengikuti kursus Pembantu Perubatan Selam ini. Dan ditempatkan di seluruh Malaysia.

5.0 PERANCANGAN SEMASA DAN MASA HADAPAN
Jabatan sentiasa merancang untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan setiap anggota EMRS dari segi pengetahuan dan kemudahan logistik. Mungkin suatu hari nanti Jabatan Bomba akan mempunyai anggota Paramediknya sendiri dalam memantapkan lagi perkhidamtannya.

PENUTUP
Melalui pelbagai program dan kursus yang telah dianjurkan oleh jabatan, ianya dapat meningkatkan tahap kesiapsigaan anggota EMRS supaya berada pada tahap yang tertinggi. Pasukan ini juga akan bertindak melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cekap dan professional bagi melaksanakan visi dan misi jabatan.

Disediakan oleh:  PgB Andy Alie (Bhgn Operasi Putrajaya)
PBT Noorhamidi bin Ali (Akademi Bomba)

EMRS

Alhamdulillah mungkin ini suatu kenangan buat ku. Logo Pasukan EMRS.

EMRS
EMRS

EMRS

EMRS Bomba

PENAMBAHBAIKAN

1. reka bentuk logo yang baru ini bertujuan untuk melakukan sedikit penambahan bagi menyerlahkan identiti logo tersebut semasa memakai pakaian seragam jabatan sama ada dalam majlis rasmi atau operasi. Cadangan logo baru:

2. Berikut adalah ciri-ciri penambahbaikan yang dicadangkan pada logo baru:-

2.1. Peralatan Kebombaan

Peralatan seperti kapak adalah peralatan yang asas dalam operasi kebombaan. Ia nya akan menyerlahkan lagi pasukan EMRS dalam penglibatan kebombaan.

2.2. Perubahan motto EMRS iaitu ‘Cekap dan Teliti’

Motto logo EMRS sebelum ini adalah Pantas dan Tekun, namun berdasarkan kepada kemahiran dalam bidang perawatan, disiplin seperti cekap dan teliti amat diutamakan oleh anggota semasa menjalankan perawatan kecemasan kepada mangsa. Justeru, CEKAP DAN TELITI amat bersesuaian dengan motto anggota EMRS.

2.3. Tulisan Perkataan ‘EMRS’

Penambahan huruf ‘R’ yang daripada dari huruf asal “Emergency Medical Services” EMS kepada “Emergency Medical Rescue Services” EMRS adalah menunjukkan tugasan sebagai anggota bomba bukan sahaja memberikan perkhidmatan sebagai first responder tetapi ia juga sebagai anggota penyelamat yang akan menggunakan kepakaran untuk menyelamat mangsa dari lokasi berbahaya.

2.4. Penggunaan simbol ‘star of life’

‘Star of Life’ dicadangkan diletakkan pada tengah logo untuk menyerlahkan lagi indentiti dalam bidang perubatan. ‘Star of Life’ ini direka bentuk dengan enam cabang palang yang mewakili enam tugas utama yang dilaksanakan oleh penyelamat sepanjang di tempat kecemasan. Secara umumnya, symbol ini telah melambangkan unit atau pasukan yang berkemahiran dalam bidang perubatan. Enam tugas utama adalah Detection, Reporting, Response, On scene care, Care in Transit dan Transfer to Definitive care.

Lambang seekor ular adalah simbul perawatan dan penyembuhan yang digunakan secara meluas sebagai lambang pasukan perubatan. Berdasarkan kemahiran, peranan dan tanggungjawab pasukan EMRS kita maka penggunaan symbol dengan seekor ular adalah lebih sesuai.

2.5. Saiz logo untuk celoreng

Adalah dicadangkan pemakaian logo EMRS pada lengan sebelah kanan dengan saiz yang diperbesarkan daripada ukuran asal. Ini adalah selaras dengan arahan jabatan bilangan 1 tahun 2012. “Pemakaian pakaian seragam, tanda pangkat dan kad pengenal pegawai


Isnin, Mac 17, 2014



Semasa bergaul dengan masyarakat di surau dan kedai kopi ,Kebanyakan mereka merungut dan merintih mengalami bersin, hidung berair, kerengsaan mata, kerengsaan tekak dan batuk kering. Ada juga mendakwa setelah pendedahan jangka panjang menyebabkan mereka mendapat kemudaratan kapada fungsi paru-paru dan membawa kepada penyakit bronkitis yang kronik, Ramai juga merasa Kerengsaan tekak dan hidung berair membawa kepada pelepasan lendir yang berakhir dengan sekatan saluran pernafasan akibat jerebu.
Tapi????? tahukah mereka……… bahawa anggota bomba yang melakukan operasi pemadaman kebakaran tersebut menerima kesan lebih teruk dari mereka… sedangkan mereka menerima hanya tempias dari apa yang anggota bomba terima …..
Tapi Tahu kah mereka ……. bahawa kesukaran yang anggota bomba hadapi berkali kali lebih teruk dari apa yang mereka lalui…… atau mereka menganggap bahawa anggota bomba kebal atau imiun dari jerebu yang melanda.
Tahu kah mereka ………… ketika mereka makan enak bersama keluarga dan bermacam2 hidangan ….anggota bomba makan nasi bungkus berlaukan ikan goreng dan sayur kobis sahaja.
Tapi Tahu kah mereka ,,,,,,,,,,, ketika mereka enak tidur ditilam empok jauh dari gangguan nyamok dan agas anggota bomba tidur di bawah khemah beralaskan dedaun kering berkelambukan asap.
Tahukah mereka…….. semasa mereka berkerja didalam kedinginan udara dikerusi empok .. anggota bomba terpaksa menghadapi kepanasan bahang matahari dan bahang dari api yang menyala.
Tapi???? Tahukah mereka ,,,,,,,selepas 8 jam berkerja mereka akan pulang berehat di rumah dengan rasa kegembiran bersama anak dan isteri, anggota bomba terus berkerja tampa henti sahingga api dipadamkan.
Ketika mereka,,,, bermain dengan binatang kesayangan mereka anggota bomba terpaksa menghadapi ganguan binatang liar dan berbisa disamping tusukan duri serta pokok yang berbisa.
Ketika mereka,,,, berwangian dan memakai pakaian yang cantik2 anggota belemus dengan lumpur dan arang yang kotor.

Tapi manakah silapnya………
Pemimpin2 negara tiada prihatin terhadap nasib anggota bomba…
Mungin mereka sibuk dengan masaalah Negara….masalah Anggota seramai 15 k diseluruh Negara terlalu remeh bagi mereka…..
Tapi manakah silapnya……
Pegawai-pegawai kanan JPA terlalu susah dan malas untuk mengkaji kebajikan anggota bomba..
adakah mereka berangapan angota bomba ini cukup sekadar ada sahaja tatapi ianya tidak penting kapada Negara….
Tapi manakah silapnya……. Ketika semua jabatan lain menerima skim gaji terbaru angota bomba hanya melihat gaji dan elaun mereka tidak berubah semenjak zaman sebelum merdeka…….
Ketika elaun rela dan jpam dan jabatan lain meningkat elaun bomba sekadar ada sahaja….
Adakah mereka …. anggap elaun pakar rm 100 itu terlalu tinggi sedang kan jabatan lain mendapat berganda2 lebih banyak……
Adakah mereka angap bayaran BIB 65 sen sejam itu terlalu tinggi menyebabkan mereka lupa menyemak semula…….
Adakah asap jerbu, gas tokxit dan beracun ,letupan gas bahang panas kaca yang tajam serta binatang berbisa juga darah menyembur dari mangsa bukan rasiko bagi anggota bomba hinggakan jabatan lain hanya hidu asap kenderaan pun diberi elaun yang lebih tinggi dari elaun pakar bomba……anggota bomba hanya hadapi rasiko sahaja tapi elaun nya tiada..

Adakah perlu anggota bomba mengamalkan rasuah atau mati sebelum bersara agaknya baru pemimpin2, pegawai2 kanan JPA dan orang2 yang berkuasa beredia mengkaji kebajikan anggota bomba…
Atau mereka masih lagi mengangap bahawa anggota bomba ini sebagai makan dan tidur sahaja… atau hanya perlu ada tapi tak penting
Atau perlukah kami mengharapkan kapada jasa manusia atau perlu berdoa kapada yang maha esa supaya mencukupi apa yang ada……

Ahad, Januari 26, 2014

Sabtu, Disember 07, 2013

JAmuan Makan

Jamuan MAkan di rumah Ayahanda,

Sempena kesihatan yang bertambah baik...
Semoga kesihatan Ayahanda sentiasa baik...












HULU SELANGOR AMATEUR RADIO FAN CLUB